Scweini ke Man Utd : Top 10 Pemain Jerman yang Berjaya Di EPL

BastianSchweinsteiger-unveiled150713-MU300

Bastian Schweinsteiger telah melengkapkan perpindahannya ke Manchester United secara rasmi pada hari ini. Schweini merupakan pemain berbangsa Jerman yang pertama bermain untuk kelan syaitan merah itu.

Sebelum Bastian, ramai pemain Jerman telah mencuba nasib di EPL, dari Jurgen Klinsmann hingga ke Mesut Ozil. Tetapi di tahap manakah mereka berjaya memberikan impak?

Berikut adalah senarai top 10 pemain Jerman yang berjaya di EPL.

  1. Michael Ballack

ballack

Menyertai Chelsea secara menerusi ‘Bosman  Rule’ dari Bayern Munich pada tahun 2006. Pemain ini boleh dikatakan pemain tengah yang lengkap (complete midfielder) dengan kemampuannya dalam menggunakan kedua-dua kaki, mampu melakukan tackle yang keras, tajam di hadapan gol, gagah di udara dan berkebolehan menerima umpanan. Nasibnya agak kurang baik apabila hanya memenangi trofi EPL pada musim terakhirnya bersama Chelsea pada tahun 2010. Musim berikutnya, dia dijual kepada Bayer Leverkusen bagi membolehkan Chelsea mendapatkan Andre Schurlle. Bakat kepimpinannya yang tinggi membolehkannya dilantik sebagai kapten Chelsea ketika ketiadaan John Terry atau Frank Lampard.

  1. Jens Lehmann

lehmann

Lehmann ialah salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah bermain untuk Arsenal di bawah kendalian Arsen Wenger. Hampir 150 penampilan Champions League dengan satu pingat naib juara, Arsenal sebenarnya belum ada pengganti Lehmann, sehinggalah mereka berjaya mendapatkan Petr Cech. Watak Lehmann yang garang di padang sering memberikan tekanan kepada pemain lawan. Bintang Chelsea, Drogba pernah bergaduh dengan penjaga gol berbadan sasa ini.

  1. Jurgen Klinsmann

klinsmann_0

Pernah bermain untuk Spurs sebanyak dua kali, Klinsmann merupakan satu bakat yang sukar dilupakan. Pada musim 1994/95, dia berjaya menjaringkan 21 gol dan dianugerahkan FWA Pemain Terbaik Sepanjang Musim, sebelum bertukar angina ke Bayern Munich pada tahun berikutnya. Pada penghujung 90-an, Klinsmann sekali lagi menyertai Spurs melalui kontrak pinjaman dan menyelamatkan Spurs dari diturunkan ke divisyen 2.

  1. Dietmar Hamann

hamann

Pemain yang jarang disebut, tetapi sering memberikan impak besar ketika di atas padang. Paling diingati ialah setelah Hamann dimasukkan pada separuh masa kedua dalam perlawanan akhir Champions League 2005, ketika Liverpool ketinggalan 0-3 kepada AC Milan. Pemain ini mempunyai percubaan jarak jauh yang sangat bahaya. Kekuatan sepakannya pernah mematahkan kaki Alan Smith dalam separuh akhir Piala FA tahun 2006, ketika Liverpool menewaskan Man Utd 1-0 dan seterusnya memenangi piala tertua di dunia itu.

  1. Per Mertesacker

per

Pernah dikritik kerana terlalu perlahan dan tidak sesuai dengan rentak EPL yang laju. Namun, keupayannya membaca permainan jarang membolehkannya membentuk pertahanan kukuh di benteng Arsenal. 125 penampilan di EPL membuktikan pemenang Piala Dunia ini bukan sebarangan pemain.

  1. Thomas Hitzlsperger

hitz

Kurang dikenali oleh peminat EPL di luar England. Bermain untuk West Ham, Hitzlsperger sentiasa menjadi duri dalam daging bagi pasukan lawan dengan kawalan bola yang bagus, larian yang deras dan percubaan yang tepat.

  1. Mesut Ozil

ozil_3

Walaupun baru beberapa musim bersama Arsenal,Ozil telah memberikan impak yang besar. Adakalanya permainannya tenggelam dan beliau agak sukar untuk mengadaptasi permain Inggeris, namun dengan naluri hantaran bola yang tajam, Ozil berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain kelas dunia. Permainannya bertambah baik apabila Arsenal membeli Alexis Sanchez dan kombinasi mereka berdua membolehkan Giroud dan Cazorla turut sama beraksi cemerlang.

  1. Robert Huth

huth

Dinding batu di benteng pertahanan. Jarang ada pemain yang berani masuk dalam situasi bola 50-50 ketika berhadapan pemain ini. Paling diingati ialah gandingannya bersama Ryan Shawcross di Stoke City. Kehebatannya di benteng pertahanan juga membolehkan Leicester City, pasukan yang disetainya pada musim perpindahan musim sejuk 2014, terkeluar dari zon penyingkiran pada musim lepas, walaupun The Fox berada di dasar liga pada Januari. ‘A great Escape’.

  1. Uwe Rosler

rosler

Ramai penyokong generasi baru tidak mengenali pengurus Leeds United ini. Bermain untuk Manchester City, Rosler telah menjaringkan satu gol dalam setiap tiga perlawanan untuk The Citizens, paling diingati ialah satu bola chip ketika menentang musuh setempat, United. Prestasi cemerlangnya pada musim  tersbut membolehkan dipilih sebagai pemain terbaik kelab oleh para penyokong.

  1. Markus Babbel

babbel

Babbel (jangan tertukar dengan Ryan Babel) merupakan nadi utama di benteng pertahanan Liverpool dan menjadi watak penting ketika Liverpool memenangi little treble pada 2001. Walaupun penampilannya di Anfield diganggu sindrom kesihatan Guilliain-Barre, sejenis penyakit system imunisasi badan menyerang system saraf, sumbangan Babbel tetap diingati para peminat The Reds.

Baca juga : Hall of Fame Piala Dunia 2014

Baca Juga

Baca Juga