Duit tidak akan pernah menjaminkan kebahagiaan dan kejayaan. Duit bukan lah segala-galanya.
Sebanyak mana pun kekayaan yang dimiliki oleh sesebuah pasukan itu, belum tentu mereka akan selalu menang.
Pasukan Liverpool telah membuktikan pada musim ini mereka bukan lah pasukan yang kaya tetapi mereka kini adalah pasukan yang terhebat di dunia.
Jika ada yang berfikir Liverpool berjaya kerana duit anda telah melakukan dosa yang sangat besar. Untuk pengatahuan Liverpool bukan lah pasukan yang kaya seperti apa anda bayangkan.
Virgil van Dijk is reportedly set to be offered a £50m new deal to commit his future to the Reds.
FSG are set to offer the centre-half a five-year deal in recognition of his huge importance to the club's continuing success, according to Football Insider.https://t.co/V3sDmEQFWV
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 12, 2020
Hakikatnya pemilik Liverpool hanyalah individu ke-12 terkaya di seluruh Liga Perdana.
Siapa yang memiliki pasukan bola sepak kesayangan anda adalah hal yang terpenting untuk anda tahu.
Sejak beberapa tahun ini, kita melihat semakin ramai orang-orang terkaya dunia sudah memiliki pasukan bola sepak dan menghabiskan wang yang banyak untuk pasukan mereka.
Happy birthday Manchester City
10 years old today 🎂🎉🎊💐**On 1 September 2008, Sheikh Mansour Bin Zayed Al Nahyan's Abu Dhabi United Group agreed a deal to take over City** #city
— bill calgotra (@billcalgotra) September 1, 2018
Di dalam Liga Perdana Inggeris terdapat 15 bilionair yang memiliki kelab dan ia telah didedahkan.
Senarai Pemilik Paling Kaya Dalam Liga Perdana
1) Shiekh Mansour | Manchester City | £23.3 bilion
2) Roman Abramovich| Chelsea | £9.6 bilion
3) Stan Kroenke | Arsenal | £6.8 bilion
4)Guo Guangchang | Wolves | £5.2 bilion
5)Nassef Sawiris | Aston Villa | £5 bilion
6) Aiyawatt Srivaddhanaprabha | Leicester | £4.6 bilion
7)Joe Lewis | Tottenham | £3.9 biliom
8)The Glazers | Manchester United | £3.6 bilion
9)Gao Jisheng | Southampton | £3.1 bilion
10)Joshua Harris | Crystal Palace | £2.7 bilion
11)Mike Ashley | Newcastle | £2.3 bilion
12)John Henry | Liverpool | £2.1 bilion
13)Farhad Moshiri | Everton | £1.5 bilion
14)Tony Bloom | Brighton | £1.3 bilion
15)David Sullivan & David Gold | West Ham | £1.2 bilion
16)Maxim Demin | Bournemouth | £900 juta
17)Abdullah Bin Musa’ed | Sheffield Utd | £198 juta
18)Gino Pozzo | Watford | £93 juta
19)Mike Garlick | Burnley | £62 juta
20)Delia Smith & Michael Wynn-Jones | Norwich | £23 juta
Punya lah kaya pemilik Manchester City ni sehingga begitu jauh perbezaan kekayaan milik beliau dengan pemilik yang lain.
Tidak hairanlah melihat apa yang berlaku di Manchester City, pemilik pasukan mereka, Sheikh Mansour adalah individu paling kaya dalam senarai pemilik pasukan di Liga Perdana.
Mansour dan Abu Dhabi United Group telah membeli City pada tahun 2008 dan mereka telah membawa suasana berbeza di sana.
Mereka juga telah menaikkan taraf Manchester City sebagai salah sebuah pasukan gergasi di dunia kini.
If Manchester City have won trophies by CHEATING the system then we must put an asterisk against their success. A column by @Ian_Ladyman_DM, echoing a similar column a while ago by colleague Martin Samuel.https://t.co/vkN75rQWL5
— Nick Harris (@sportingintel) February 14, 2020
Mereka banyak membelanjakan wang untuk pemindahan pemain serta menaik taraf segala hal di Stadium Etihad, pelaburan yang membuahkan hasil apabila pasukan City kini semakin berjaya dan peminatnya sudah kembali ramai.
Sebelum City dibeli, kali terakhir kelab itu memenangi Liga adalah pada tahun 1968 dan mereka telah menghabiskan banyak masa menjadi pasukan bawahan Liga serta pernah jatuh ke Liga Division Dua pada tahun 1997.
Sejak pengambilalihan ini berlaku, mereka telah menjadi kuasa besar dalam kancah bola sepak Inggeris, mereka telah memenangi empat gelaran liga, empat kejuaraan Piala Liga dan mereka juga telah memenangi dua Piala FA.
City telah mengatasi Chelsea apabila mereka memiliki pemilik pasukan yang lebih kaya.
Ketika Mansour mengambil alih pasukan City, era dominasi pasukan Chelsea dalam Liga sudah tidak sama lagi, seperti mula-mula Roman Abramovich melabur untuk mereka.
'Give me a team that's not Manchester City, I am not going to win':Pep Fraudiola claims he is NOT the best manager in the world&puts success to having a squad of gifted players already Moulded/Gelled&All Super Stars at every club he's been https://t.co/Tsjfqy2ZUA via @MailSport
— Captain Fantastic8 (@nattyroons) February 13, 2020
Jutawan Rusia itu sudah tidak berbelanja lebih untuk urusan perpindahan lagi dan beliau juga telah menghentikan pembinaan Stadium baru untuk pasukan The Blues selepas Visa British beliau gagal diperbaharui.
Pemilik pasukan Wolves Guo Guangchang berada didalam kedudukan antara yang terkaya juga didalam senarai pemilik pasukan di Liga Perdana.
Ini menunjukkan bahawa mereka juga mampu untuk melakukan sesuatu agar pasukan mereka menjadi lebih disegani sejak kembali beraksi semula dalam kancah Liga Perdana ini.
Hubungan mereka dengan super ejen, Jorge Mendes telah banyak membantu mereka untuk beraksi dalam liga.
Tetapi tidak tahu sejauh mana mereka boleh pergi dalam Liga atau pun pentas Eropah lain sekiranya pemilik benar-benar komited untuk melabur buat pasukan.
Pasukan Liverpool telah membuktikan bahawa menjadi kaya tidak bermakna akan berjaya. Pemilik mereka John Henry hanya berada di kedudukan ke-12 dalam senarai.
Liverpool owner John Henry has released a statement https://t.co/WDAKLT7pPO pic.twitter.com/omJw9cqlOE
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 17, 2020
Tetapi dengan perbelanjaan yang cermat dan pengurusan yang cemerlang mereka telah menjadi pasukan terbaik dalam liga serta terbaik di dunia.
Setelah mencapai satu demi satu kejayaan bermula dari Liga Juara-Juara kemudian Super Cup dan FIFA Club World Cup. Mereka juga bakal memenangi Liga Perdana yang pertama untuk tempoh 30 tahun.
Namun selepas penularan wabak Covid-19 berlaku hingga Liga digantung, nasib pasukan Liverpool untuk menjuarai Liga masih belum diketahui.
Liverpool kini sudah selesa mendahului carta Liga dengan kelebihan 25 mata, tetapi sekiranya Liga dibatalkan semua itu tidak menjamin apa-apa untuk Liverpool.
Dalam UEFA ada termaktub peraturan yang harus dipatuhi melibatkan pengurusan kewangan sesebuah pasukan itu.
Buy well ✅
Sell well ✅
Stadium improvements ✅
Success on the pitch ✅https://t.co/zINJW3v16d— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 18, 2020
Jadi selain mempunyai duit yang banyak sesebuah pasukan harus ada perunding yang bijak untuk mengurus semua urusan itu.
Kalau zaman dahulu mungkin benar lah bola sepak bukan perniagaan yang bagus, tapi untuk zaman sekarang bola sepak adalah satu industri perniagaan yang sangat membangun.