Tottenham Hotspur Diaibkan Oleh Pasukan Kerdil Dari Slovenia

Tottenham Hotspur berdepan dengan kekalahan mengejutkan kepada sebuah kelab kerdil dari Slovenia, NR Mura dalam saingan Europa Conference League awal pagi tadi.

Spurs wajib mencatatkan kemenangan dalam aksi perlawanan terakhir mereka selepas ini, dalam usaha untuk layak beraksi di pusingan kalah mati.

Skuad kendalian Antonio Conte itu telah ketinggalan sejak dari minit ke-11 permainan selepas Tomi Horvat meledak gol pembukaan untuk pasukan tuan rumah.

Kedudukan Spurs semakin parah selepas Ryan Sessegnon dilayangkan dengan layangan kad merah pada minit ke-31 permainan.

Ketinggalan satu gol dibelakang dengan bermain kekurangan seorang pemain sudah tentu menjadi beban untuk skuad Tottenham Hotspur dalam perlawanan ini.

Harry Kane kemudiannya berjaya memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Tomi Horvat itu pada minit ke-72 permainan.

Ketika Spurs percaya yang mereka akan pulang dengan satu mata berharga, muncul Amadeja Marosa meledak gol kemenangan pada minit ke-94 permainan.

Perlawanan tamat dengan NS Mura berjaya menewaskan Tottenham Hotspur dengan keputusan 2-1 di halaman mereka sendiri.

Kemenangan ini merupakan hadiah yang cukup bermakna untuk para penyokong pasukan tuan rumah, dengan ia merupakan kemenangan pertama mereka di pentas Eropah.

Walau sekadar Europa Conference League, namun ia tetap sangat besar untuk kelab seperti Mura, yang baru sahaja ditubuhkan sembilan tahun yang lalu.

Agak mengejutkan untuk melihat pasukan pilihan seperti Tottenham Hotspur tewas kepada pasukan kerdil seperti Mura, apa lagi selepas melihat rekod kalah semua perlawanan mereka sebelum ini.

Mura merupakan sebuah kelab yang berpengkalan di Murska Sobota yang mana ia berada di Timur laut Slovenia dengan populasi penduduk seramai 11,000 orang sahaja.

Berbaki satu perlawanan sahaja, Spurs kini sedang terikat dengan tujuh mata bersama pasukan dari Belanda, Vitesse Arnhem.

Bahkan seandainya mereka berjaya menewaskan pendahulu kumpulan, Rennes pada 9 Disember nanti, mereka tetap berpotensi untuk tersingkir.

Hal ini kerana Vitesse baru sahaja mencatatkan keputusan seri 3-3 bertemu Rennes, dan aksi terakhir mereka selepas ini adalah bertemu dengan Mura.

Seandainya mereka berjaya mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua, Spurs secara tidak langsung akan terlibat dengan aksi di pusingan kalah mati.

Pemenang dalam aksi kalah mati yang akan dilangsungkan dengan konsep two-legged itu akan mengesahkan tempat untuk mereka dipusingan 16 terbaik.

Di kejohanan Eropah, Spurs telah melalui 10 perlawanan di tempat lawan tanpa mencatatkan sebarang clean sheet secara berturut-turut.

Melihat kepada persembahan mereka pada ketika ini, tidak akan mengejutkan andai Antonio Conte melakukan rombakan besar-besaran, dan melepaskan kayu mati yang ada dalam skuad selepas ini.

Ketika temu bual selepas tamat perlawanan, Antonio Conte ada mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:

“Selepas tiga minggu, saya sudah mula faham dengan situasi sebenar. Ia bukan mudah. Pada ketika ini tahap di Tottenham adalah tidak begitu tinggi.”

Beliau sebelum ini telah memberi cabaran kepada salah seorang pemainnya supaya menggunakan bakat yang beliau ada untuk pasukan dan bukan untuk diri sendiri.

Conte cabar Ndombele

Antonio Conte telah mencabar salah seorang pemainnya agar menggunakan bakat yang beliau ada untuk pasukan dan bukan hanya untuk permainan individu.

Antonio Conte segera menunjukkan kepimpinan dan membawa budaya baru di Tottenham Hotspur sebaik beliau masuk menjadi pengurus menggantikan Nuno Espirito Santo pada awal bulan lalu.

Antara perkara yang sudah beliau lakukan adalah mengharamkan penggunaan sos tomato dan mayonnaise di kantin kelab, dalam usaha untuk menambah baik kekuatan fitness para pemain.

Pengurus dari Itali itu kini tampil menyebut nama Tanguy Ndombele dalam temu bualnya dan turut mencabar anak buahnya itu supaya bekerja lebih keras serta menggunakan bakatnya sehabis baik, dalam usaha untuk masuk dalam kesebelasan utama.

Bercakap dalam sidang media sebelum perlawanan, beliau menyatakan bahawa:

“Saya lihat ramai pengurus yang bergelut dengan situasi ini, tentang posisi.”

“Tanguy ada kualiti. Pada masa sama, dia perlu faham yang dia bersama sebuah pasukan dan dia perlu bermain sebagai satu pasukan. Saya rasa ia bermaksud adalah sangat penting untuk dia terus belajar dan lakukan apa yang posisi dia mintak dia untuk lakukan.”

“Sudah tentu, bersama Tanguy kami sedang berusaha. Kami berusaha dengan sangat gigih. Dia perlu bekerja lebih keras berbanding pemain lain, kerana dia ada bakat tapi dia perlu letakkan bakat dia untuk pasukan demi kebaikan pasukan, bukan untuk dia secara peribadi.”

“Dalam sistem saya, saya ada cadangan sendiri dan cadangan ini sebenarnya beri tugasan kepada para pemain. Setiap seorang pemain perlu tahu apa yang perlu dilakukan.”

“Selain itu, jika setiap pemain hanya masuk ke padang dan berlari tanpa arah tuju, saya rasa ia mengarut.”

Melihat kepada hal ini, sepertinya Conte sudah ada perancangan khas untuk Ndombele dan tidak akan mengejutkan andai pemain Perancis itu bakal menjadi nadi penting dalam sistem beliau selepas ini.

Mungkin Taguy Ndombele boleh menjadi seperti Lukaku di Inter Milan dan akan dapat pamerkan bakat sebenar yang beliau miliki hasil bimbingan dari Antonio Conte.

Ndombele gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan sejak beliau ditandatangani dengan yuran perpindahan memecah rekod pada tahun 2019 yang lalu.

Beliau sesekali ada menunjukkan aksi yang hebat dan menakjubkan namun ia sangat jelas yang Ndombele masih belum mempamerkan aksi sebenar beliau kerana beliau sememangnya pemain yang berbakat.

Pemain kebangsaan Perancis itu sudah membuat 11 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini, dengan beliau turut berjaya menjaringkan dua gol sepanjang tempoh tersebut.

Aksi terbaru pemain berusia 24 tahun itu adalah ketika beliau dimasukkan sebagai pemain utama dalam aksi pertemuan bertemu NS Mura.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Spurs Dan Google Berbincang Hak Penamaan Stadium Bernilai RM5.14 Bilion