Tottenham Hotspur Tewas Perlawanan Pertama Dalam Saingan Europa Conference League

Tottenham Hotspur dikritik teruk oleh para penyokong pasukan seteru selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada Pacos de Ferreira dalam perlawanan pembukaan saingan Europa Conference League.

Para peminat sebenarnya tidak tahu yang Spurs ada perlawanan di pentas Eropah dan lebih mengejutkan lagi, para peminat hanya tahu selepas melihat mereka tewas.

Spurs berjaya mengesahkan tempat mereka untuk beraksi dalam kejohanan yang baru saja ditubuhkan oleh UEFA itu selepas mereka mengakhiri saingan Premier League musim lalu di kedudukan ketujuh.

Empat pasukan teratas tentunya sudah mengesahkan tempat untuk mereka dalam saingan Champions League, sementara penunggu kedudukan kelima dan keenam pula akan beraksi dalam saingan Europa League.

UEFA kemudiannya mencipta satu lagi liga yang dipanggil Europa Conference League dan liga ini merupakan liga kasta bawahan di pentas benua Eropah.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo berkunjung ke Estadio Capital do Movel di Portugal pada petang Khamis untuk aksi perlawanan leg pertama bertemu Pacos.

Walau bagaimanapun, Tottenham Hotspur pergi jauh ke negara lain hanya untuk diabkan oleh pasukan dari Portugal itu.

Lucas Silva berjaya meledak gol pada awal aksi babak pertama permainan untuk meletakkan Pacos di hadapan mendahului Tottenham Hotspur.

Ketua jurulatih Spurs, Santo yang telah membuat 11 pertukaran dalam skuadnya selepas kejayaan mereka menewaskan Manchester City, gagal untuk membantu skuadnya comeback pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut.

Kekalahan Spurs dalam aksi leg pertama dan penampilan pertama mereka dalam saingan Europa Conference League telah mengundang kecaman teruk dari para peminat di media sosial.

“Tidak kira betapa teruk Arsenal sekarang, Spurs tentunya akan turut cuba untuk jadi lebih teruk dari kita.”

“Saya tak sepatutnya ketawa, tapi kan, Spurs sebenarnya kalah dengan siapa? Pertandingan tu dah bermula ke?”

“Spurs tewas kepada pasukan yang saya lihat nama mereka saya terfikir ia adalah menu di sebuah restaurant.”

“Tottenham Hotspur menewaskan Manchester City dan kemudian tewas kepada Pacos, apa yang berlaku pada mereka?”

“Menangis saya melihat keputusan itu, walaupun ada Spurs namun Europa Conference masih tetap diabaikan. Tapi Spurs pun kalah.”

Begitulah komen-komen dari penyokong pasukan seteru yang menganjing Spurs selepas kekalahan mereka dalam saingan Europa Conference League.

Aksi leg kedua nanti akan dimainkan di Tottenham Hotspur Stadium pada 26 Ogos nanti, dan tentunya Nuno Espirito Santo akan menurunkan skuad terbaiknya untuk menang.

Spurs ketika aksi bertemu Pacos awal pagi tadi, mereka sebenarnya tidak menurunkan kesebelasan utama kelab, namun barisan pemain yang diturunkan juga merupakan pemain-pemain berprofil tinggi.

Dan kerana itulah mereka diejek teruk oleh para penyokong pasukan seteru, kerana gagal untuk menewaskan pasukan kerdil dari liga Portugal.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kelayakan Europa League: Tottenham Hotspur 7-2 Maccabi Haifa