Amukan Dele Alli

Tottenham di malukan di halaman mereka sendiri oleh RB Leipzig dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara.

Timo Werner menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk pasukan pelawat, Leipzig dihadiahkan sepakan penalti selepas Ben Davies mengasari Konrad Laimer di dalam kotak. Dan penalti itu di sudahi dengan sempurna oleh Werner.

Sebenarnya, ia mungkin lebih teruk lagi untuk Spurs.

Pasukan dari  Liga Perdana Inggeris itu bermain dengan agak teruk dari awal permainan hingga ke minit 70. Dan mereka hanya mula menunjukkan permainan sebenar di 20 minit terakhir perlawanan.

Apa yang menariknya adalah, Spurs hanya menunjukkan aksi sebenar selepas Dele Alli dikeluarkan. Jelas berlaku perubahan mentaliti dalam pasukan selepas keluarnya Alli.

Pada minit ke-64 perlawanan, Jose Mourinho telah membuat dua pertukaran serentak dengan mengeluarkan Gedson dan Alli lalu memasukkan Erik Lamela dan Tanguy Ndombele.

Ketika masuknya dua pemain ini corak permainan pasukan Spurs terus berubah dan menghidupkan semula permainan mereka yang serba tidak menjadi pada awalnya.

Ketika beliau dipanggil untuk dikeluarkan lagi Alli sudah mempamerkan riak wajah yang menunjukkan beliau tidak berpuas hati dengan keputusan untuk mengeluarkannya.

Ketika beliau keluar dan berjalan ke tempat duduk pemain simpanan, Alli meluru laju ke tempat nya dan mencapai botol air yang ada di situ. Alli kemudian melempar botol itu ke bawah dan tidak berpuas hati mengapa beliau di keluarkan.

Pemain tengah Spurs itu kemudian duduk dengan keadaan tidak selesa untuk menanti perlawanan tamat. Lihat rakaman di bawah, ini adalah beberapa rakaman peminat yang di muat naik ke laman Twitter:

Semua peminat Spurs pasti kecewa melihat Alli mengamuk seperti itu. Tidak tahu apa dan kenapa dia marah sangat di keluarkan sampai membaling botol dan mengamuk seperti itu. Selepas perlawanan Mourinho diminta untuk memberi pendapat mengenai situasi itu.

“Saya rasa dia marah dengan persembahannya, bukan dengan saya,” kata pengurus Spurs mengenai reaksi Alli.

“Saya fikir dia faham mengapa saya mengeluarkannya dan prestasi kami bertambah baik selepas dia keluar”

“Di bahagian terakhir permainan, saya cuba bermain dengan Lamela di satu sisi dan Giovani Lo Celso di sisi lain, dengan dua pemain yang laju masuk melalui tengah”.

“Satu-satunya masalah pada masa itu adalah dua pemain pantas tidak pantas lagi kerana keletihan.”

Mourinho tidak begitu tekankan sangat tentang reaksi kekecewaan Alli selepas permainan, tetapi adakah dia benar-benar percaya pemain Inggeris itu marah dengan persembahannya, dan bukannya kerana dikeluarkan?

Dulu Mourinho suka main baling-baling botol ni. Sekarang anak buah dia pulak ikut jejak langkah menyiksa botol di tepi padang.

Lumrah dalam bola sepak kalau aksi seseorang pemain itu ada pasang surutnya. Semoga Dele Alli tidak mengambil hal ini terlalu serius dan boleh kembali beraksi dengan cemerlang di perlawanan seterusnya.

Baca Juga

Baca Juga