Totti Jaring Gol Sepakan Percuma Thunderbolt Yang Sensasi

Pesara bola sepak Italy yang tenang menikmati pencen, Francesco Totti telah menjaringkan gol melalui satu sepakan percuma thunderbolt yang deras lagi sensasi dalam satu perlawanan bola sepak.

Sepanjang kariernya yang setia bersama AS Roma, beliau telah bermain bersama beberapa pemain lagenda dunia seperti Gabriel Batistuta, Cafu, Andrea Pirlo, Alessandro Del Piero, Paolo Maldini dan Gianluigi Buffon.

Sepanjang 25 tahun kariernya bersama Roma, beliau telah memenangi pelbagai kejuaraan domestik bersama Roma namun tidak di Eropah.

Beliau berpeluang untuk merasai kejuaraan Eropah jika menyertai Real Madrid yang sangat berminat dengan pemain tiu.

Sosok tubuh yang dirindui, Totti!

Walaubagaimanapun, terdapat khabar angin dari England mengatakan sebuah kelab Inggeris telah berminat untuk melamar lagenda itu kembali dari persaraan dan menyarung jersi mereka.

Menurut talksport.com, Leeds United dikhabarkan berminat untuk memberikan kontrak dan membawa Totti ke Elland Road.

Ini semua hanya khabar angin dan tidak menjadi kenyataan seperti yang tersebar.

Lupakan itu semua, beliau hanya bersara sebagai pemain profesional dan tidak bersara untuk bermain bola sepak yang sudah menjadi darah dagingnya itu.

Totti kini bermain bola sepak 8 sebelah bersama-sama rakan dan bekas rakan sepasukannya untuk pasukan Totti Sporting Club.

Totti Sporting Club bermain di liga tempatan dan sentuhannya masih berbisa apabila menghasilkan satu sepakan percuma padu walaupun kelihatan sedikit berisi selepas 3 tahun bersara.

Padu, deras dan kencang tiada apa yang mampu dilakukan benteng serta penjaga gol.

Sepakan percuma yang tak boleh bawa bincang.

Class is permanent!

Sepanjang 30 tahun bersama Roma, bekas kapten Italy itu telah melakukan sebanyak 786 penampilan dan menjaringkan 307 gol.

Selepas bersara, tugas sebagai pengarah kelab Roma telah diberikan, namun tidak kekal lama dan telah meletakkan jawatan.

Totti melancarkan serangan verbal terhadap lembaga pengarah, mengatakan mereka tidak pernah mengambil serius pandangannya.

Baca Juga

Baca Juga