Tragedi Oktober : Chelsea 4-0 Manchester United 5 Perkara Boleh Diambil Ibrah

Kepulangan Mourinho ke Stamford Bridge disajikan dengan satu peristiwa yang mengerikan apabila dibelasah bukan satu, bukan dua, bukan tiga tetapi empat gol tanpa balas dan apakah Ibrah yang dapat dipelajari dari Tragedi Oktober yang berlaku hanya selepas 30 saat perlawanan?

Ibrah tu bukanlah Ibrahimovic tetapi Ibrah adalah iktibar atau pengajaran. Kata ibrah (عبرة) berasal dari `abara – ya`buru – `abratan wa `ibratan yang pada asalnya berarti menyeberang dari satu tepi suangai ke tepi yang lain yang ada di seberangnya.

apr-23-chelsea-v-manchester-united-premier-league-stamford-bridge
Mesra Sebelum Dibelasah | Gambar : PA Wire

Pesta gol menyambut kedatangan kembali Mourinho ke Stamford Bridge dan sudah pasti Mourinho dan anak buahnya membawa kemaluan yang besar apabila pulang ke Manchester. Seawal 30 saat pertama Pedro sudah meletakkan Chelsea di hadapan. Pada minit ke-21 Cahill menambah lagi satu gol menjadikan kedudukan setelah tamat separuh masa pertama 2-0.

Pada separuh masa kedua Chelsea terus bermain dengan atur langkah yang berbeza dan menambah lagi dua gol menerusi Hazard dan Kante pada minit ke-62 da 70. Malas nak cerita banyak pasal game korang tengok sendiri la highlight siap ada lagu lagi.

Mari kita menyelami 5 perkara yang boleh diambil pengajaran dari perlawanan ini

1. Percaturan Conte Membuahkan Hasil

Antonio Conte telah menukar beberapa perkara secara taktikal untuk menentang Mourinho. Conte mempunyai keupayaan untuk mengenalpasti masalah dan segera memperbaikinya yang meletakkan beliau sebgai pengurus yang hebat.

Mourinho merupakan seorang pengurus yang hebat berdasarkan pencapaiannya tetapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini aura The Special One seolah-olah telah hilang.

chelsea-v-manchester-united-premier-league-11
Gambar : Reuters

Setelah kekalahan 3-0 kepada Arsenal, Conte telah membentuk kembali pasukannya untuk bermain formasi 3-4-3 dan ternyata formasi ini berjaya di mana mereka telah mencatat 3 kemenangan dengan menjaringkan 9 gol tanpa bolos.

Sistem ini dilihat sesuai dengan barisan pemain Chelsea yang ada sekarang termasuklah Victor Moses dan Marcos Alonso di mana kedua-dua pemain ini merupakan pemain buangan semasa Mourinho mengendali Chelsea dan Real Madrid.

2. Pedro Yang Bersinar-Banar

Pemain yang disailang oleh Mourinho dari Manchester United musim lepas telah menikam Mourinho dengan pantas. Musim lepas Manchester United cuba mendapatkan Pedro dari Barcelona tetapi disebabkan Ed Woodward terleka dalam pasaran perpindahan, Mourinho tanpa segan silu dan bangga telah menandatangi Perdro bersama Chelsea.

chelsea-v-manchester-united-premier-league-10
Gambar : Reuters

Sepanjang 15 bulan lalu Pedro sering di pinggirkan di Chelsea tidak menjadikan Pedro seorang yang benak. Dalam tempoh 30 saat permainan Pedro telah memusnahkan gameplan Mourinho dan membolehkan Chelsea membelasah Manchester United 4-0.

Gol awal Pedro membuatkan Mourinho tidak sempat untuk “Parking Bus” seperti biasa di stadium yang mana Mourinho pernah mempunyai tempat letak kereta peribadi.

3. Ibrahimovic Perlu Lebih Tajam Dan Muhasabah Diri

Pemain kelahiran Sweden ini telah gagal menemui jaringan dalam 5 perlawana liga dan hanya menjaringkan satu gol dalam lapan perlawanan untuk semua kejohanan. Untuk 3 perlawananan berturut-turut, Ibrahimovic telah membazirkan peluang yang terhidang apabila mendapat peluang seluas-luasnya.

chelsea-v-manchester-united-premier-league-9
Gambar : Getty Images

Dalam perlawanan semalam Ibrahimovic gagal menyudahkan hantaran Antonio Valencia ketika Chelsea mendahului 1-0. Walaupun mempunyai susuk fizikal yang bagus, Berahim bukanlah seorang penjaring yang power menggunakan kepala bana.

Berahim telah melepaskan dua peluang yang terhidang dan tersangatlah kacang untuk melakukan jaringan dalam tempoh 6 hari. Di PSG beliaulah raja dan menerima sebanyak-banyak peluang tetapi di EPL lain ceritanya kerana Berahim perlu lebih klinikal dan tajam.

4. “The Rats” Yang Menggigit

Cesc Fabregas, Eden Hazard dan Diego Costa merupakan tiga orang pemain yang digelar “The Rats” oleh penyokong Chelsea kerana dua pemain ini memainkan peranan dalam pemecatan Mourinho pada Disember lepas.

Tetapi semalam yang ada hanya dua ekor tikus iaitu Hazard dan Costa di mana kedua-dua pemain ini kembali kepada prestasi asal mereka di bawah Conte.

chelsea-v-manchester-united-premier-league-8
The Rats | Gambar : Reuters

Hazard mengakui beliau gembira bermain sebagai 3 serangkai di hadapan. Dalam perlawanan semalam Hazard telah menjaringkan gol ke-4 musim ini berbanding tempoh yang sama musim lalu, Hazard gagal mencetak sebarang gol dan hanya berjaya mengumpul lemak di badan.

Costa walaupun tanpa jaringan menentang United tetapi beliau sentiasa mewujudkan ancaman ke kubu United. Setakat ini Costa telah menjaringkan 7 gol. Kalau Costa pun score semalam mau 6-0 atau 7-0.

5. Fellaini Menggangu Kecairan dan Kelancaran Permainan

Kelancaran permainan United sememangnya akan terganggu sekiranya Marouane Fellaini berada di padang. Perkara ini selalu dibangkitkan oleh dua orang penyokong tegar United yang selalu melepak di mamak bersama penulis.

“Gampang betul Fellaini main malam ni, mesti kalah” dan kata-kata ini selalunya menjadi kenyataan termasuklah perlawanan semalam. Betullah kata-kata itu doa.

Fellaini merupakan pemain yang suka menyimpan bola dan mampu menghasilkan gol dari situasi bola mati terutama melalui kepala dan rambutnya yang kembang semangkuk. Tetapi cara permainan beliau mengganggu tempo perlawanan terutama ketika pasukan mahu melancarkan serangan.

chelsea-v-manchester-united-premier-league-6
Rambut Siapa Lagi Kembang | Gambar : Reuters

Cara permainan Fellaini boleh diibaratkan seperti sedang melancap kemudian ada orang mengetuk pintu. Potong stim betul! Semasa dibeli oleh Moyes Fellaini bukanlah seorang pemain yang teruk walaupun pada hakikatnya Fellaini bukanlah seorang pemain yang sesuai untuk United.

Mourinho seharusnya mengurangkan obses dengan ketinggian Fellaini dan perlu menggugurkan Fellaini.

Sumber : Mirror

Baca Juga

Baca Juga