Trent Alexander Arnold Koyak Kena Prank Dengan Sterling

Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold menjadi mangsa prank dari Raheem Sterling yang berpakat dengan pemain Video Game FIFA profesional.

Aksi prank itu dirakam dan telah dimuat naik di channel Youtube rasmi pasukan England tahun lalu.

Pada awalnya, Trent Alexander Arnold telah menewaskan Sterling dalam permainan FIFA tetapi ianya tidak dirakam.

Alexander Arnold kemudiannya sekali lagi dicabar oleh Sterling dan beliau bersetuju untuk dirakam aksi perlawanan mereka berdua.

Tetapi apa yang beliau tidak tahu adalah, lawannya waktu itu bukan Sterling, tetapi beliau sedang berlawan dengan pemain profesional ‘F2Tekkz’ yang sembunyi di bilik sebelah.

Sterling hanya memegang alat kawalan seolah dia bermain sambil menganjing Trent Alexander Arnold.

Pemain e Sport berusia 17 tahun itu tahun lalu telah memenangi FIFA Premier League mewakili Liverpool.

Beliau juga mewakili pasukan kebangsaan England untuk kejohanan FIFA eNations Cup.

Tahun lalu juga merupakan tahun yang cemerlang untuk atlet eSport itu apabila memenangi lima kejuaraan anjuran FIFA berturut-turut.

Beliau juga tidak bertimbang rasa ketika bermain dengan Alexander Arnold. Dengan memilih pasukan Juventus, beliau membelasah Arnold 5-0.

Beliau juga mengayam-ayamkan Arnold dengan menjaringkan kesemua lima gol itu dengan penuh bergaya seperti main sorang-sorang.

Sterling juga tidak kurang hebatnya berlakon ketika itu, beliau hanya memegang alat kawalan tetapi mampu menipu Arnold.

Sepanjang permainan itu dia hanya memegang alat kawalan sambil tidak berhenti nganjing Arnold.

Arnold yang berasa seperti tidak percaya boleh kena lauk dengan Sterling terus koyak, mujur dia tak hempok si Sterling.

Sterling terus nganjing Arnold sambil buat ekspresi seperti dia lah yang menang perlawanan itu sehingga ‘F2TEKKZ’ keluar.

Arnold terkejut melihat kehadiran pemain eSport terkenal England itu lalu dia ditunjukkan oleh F2Tekkz bilik rahsia beliau bersembunyi ketika bermain bersama.

Arnold terus mampu untuk ketawa selepas dapat tahu yang tewaskan dia waktu itu bukan Sterling tetapi pemain profesional.

Sterling terus ketawa terbahak-bahak dan sepertinya dia tidak mampu untuk menghentikan gelak tawanya.

Dia terlalu gembira berjaya untuk kenakan rakan sepasukan beliau dalam pasukan kebangsaan England.

Apa yang menariknya, sebelum Arnold tahu dia berlawan dengan seorang profesional, dia hanya fikir Sterling adalah lawannya.

Walau sudah kalah teruk, dia masih mampu untuk terus habiskan perlawanan waktu itu, tidak seperti Sterling yang baru kena dua gol waktu lawan dengan Sancho terus berhenti main.

Nampak tak Trent Alexander Arnold punya semangat tidak pernah menyerah tu macam mana?

Trent adalah antara pemain muda terhebat dunia ketika ini. Bermain di posisi pertahanan tetapi banyak terlibat dalam bantuan jaringan untuk pasukan Liverpool.

Pemain muda itu mempunyai masa depan yang gemilang dalam arena bola sepak dan bakal menjadi bintang tersohor satu hari nanti.

BACA:  Alexander-Arnold Dipuji Hasilkan Assist Cantik Walaupun Seluar Terlondeh