Trent Alexander Arnold Menangis Tewas FIFA 20 Kepada Jota

Trent Alexander Arnold ternyata begitu sedih selepas beliau ditewaskan oleh Diogo Jota dalam perlawanan FIFA 20.

Pemain pertahanan kanan Liverpool itu berjaya untuk beraksi di pentas perlawanan akhir ePremier League Invitational Tournament.

Setiap wakil dari pasukan top flight premier league akan menghantar seorang wakil bertemu sesama sendiri dalam perlawanan FIFA 20 sementara saingan liga sedang digantung ini.

Diperingkat separuh akhir, Trent Alexander Arnold telah menyingkirkan rakan sepasukannya di England, Raheem Sterling.

Awalnya Sterling mendahului Trent dengan kelebihan 2-0 namun akhirnya Trent berjaya mendapatkan Golden goal untuk memenangi perlawanan.

Tetapi sayangnya di perlawanan akhir, Trent Alexander Arnold telah tewas kepada penyerang pasukan Wolves, Diogo Jota.

Ini bermaksud Jota secara rasminya muncul Juara dalam pertandingan ePremier League serta dinobatkan sebagai pemain permainan FIFA terbaik dalam kalangan bintang premier league.

Trent Alexander Arnold jelas kelihatan sangat kecewa dengan kekalahan itu dan beliau seakan sangat sedih untuk menerima kenyataan Jota lebih hebat darinya.

Walaupun tiada aksi hempas barang atau pecahkan alat kawalan, tetapi Trent jelas kecewa dengan kekalahan itu.

Ketika tamat perlawanan menentang Jota, Trent ditanya tentang perlawanan dan beliau cuma menjawab:

“yeah perlawanan yang baik”

Trent Alexander Arnold mungkin sedih apabila tewas dalam perlawanan itu kerana fanatiknya beliau kepada permainan FIFA 20.

Namun, pemain antarabangsa England itu kemudian turut menyampaikan sepatah dua kata kepada Jota dan beliau turut menganggap penyerang Wolves itu layak untuk bergelar Juara.

“Saya rasa saya sudah berusaha sehabis baik, tetapi mungkin dia lebih layak untuk memenangi perlawanan akhir itu.”

Jelas Trent Alexander-Arnold.

“Saya gembira mara ke perlawanan akhir, tetapi agak sedih tidak memenanginya.”

“Tetapi dia memang bagus”

Dana hasil hadiah kemenangan dari Jota akan terus disumbangkan ke #PlayersTogether yang telah disokong oleh bintang Liga Perdana untuk membantu kakitangan NHS yang cemerlang semasa menangani wabak Covid-19 yang teruk melanda UK sekarang.

Selain dari menyumbangkan dana kepada pihak NHS, para bintang premier league menyertai pertandingan ini kerana terlalu rindu untuk kembali beraksi dalam padang.

Sehingga kini masih belum ada kata putus dari pihak FA untuk tarikh sebenar kembalinya saingan premier league.

Sekiranya saingan liga kembali bersambung, setiap pasukan akan beraksi tanpa penonton dan khabarnya pihak EPL tetao mahu menghabiskan juga saingan liga musim ini.

BACA:  Belum Tutup Jendela Perpindahan, Barcelona Mahu Dapatkan Arnold Untuk Musim 2023/24