Tri-Nations Series 2022: Singapura 2-1 Malaysia

Pasukan tuan rumah, Singapura merupakan ujian sebenar Malaysia di bawah bimbingan Kim Pan Gon dalam perlawanan kedua dan terakhir di kejohanan tiga negara yang digelar FAS Tri-Nations Series 2022.

Masih segar dalam ingatan kemenangan penuh bergaya Harimau Malaya ke atas Filipina dengan corak permainan yang menarik dan mampu menghadirkan kembali harapan buat peminat bola sepak.

Kim Pan Gon melakukan beberapa pertukaran di kesebelasan utama dengan kembali menyenaraikan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan merehatkan Ahmad Khuzaimi Piee yang beraksi baik.

Muhammad Safawi Rasid juga kembali dari permulaan dan meletakkan Arif Aiman Mohd Hanapi dibangku simpanan.

Malaysia seperti perlawanan pertama bermain baik dengan aksi menyerang dan selepas 6 minit dua percubaan dilakukan. Terpaling cantik percubaan Safawi Rasid yang tersasar.

Singapura berada dihadapan pada minit ke-17 melalui Ikhsan Fandi selepas menyempurnakan satu serangan balas pantas dengan satu tolakan mudah ke gawang Malaysia.

Syafiq Ahmad mengalami kecederaan dan Mohamadou Sumareh masuk mengganti.

Malaysia terus berusaha mencari gol penyamaan namun tiada gol yang terhasil walaupun bola banyak berada di kawasan Singapura dengan sepakan percuma Safawi terkena palang.

Bersambung babak kedua Malaysia terus menekan Singapura dan Safawi Rasid berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas dikasari Safuwan Baharudin selepas bermain satu dua dengan Mohamadou Sumareh.

Liridon Krasniqi dimasukkan menggantikan Kogileswaran.

Namun peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan telah dipersia-siakan oleh Safawi Rasid apabila tendangannya ke sebelah kiri gawang terkena palang.

Liridon Krasniqi membuktikan beliau masih layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya dengan satu gol melalui penyudah yang tenang.

Safiq Rahim berjaya merampas bola dan menghantar kepada Akhyar Rasid yang terus melorongkan bola kepada Liridon Krasniqi untuk disudahkan.

Selepas 6 perlawanan bersama Harimau Malaya, Liridon Krasniqi Akhirnya membuka akaun jaringan dengan gol penyamaan.

Bertubi-tubi serangan dilakukan oleh Malaysia untuk gol pendahuluan namun tidak berhasil.

Ketika situasi Sumareh offside atau tidak dibincangkan, Ikhsan Fandi sekali lagi datang merobek gawang Malaysia dengan satu gerakan individu yang padu.

Ikhsan Fandi dengan mudah merobek pertahanan Harimau Malaya dengan gerakan solo sebelum melepaskan rembatan padu.

Malaysia berterusan untuk mencari gol penyamaan sekali lagi namun tidak berhasil sehingga tamat perlawanan.

Kekalahan pertama buat Kim Pan Gon.

Kesebelasan utama Singapura vs Malaysia

Kim Pan Gon membuat dua pertukaran di kesebelasan utama Malaysia menentang Singapura berbanding ketika menentang Filipina yang berakhir dengan kemenangan 2-0.

Inilah senarai kesebelasan utama untuk perlawanan pertama Kim Pan Gon:

Penjaga Gol

Mohd Farizal Marlias, 36 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

Pertahanan

Corbin-ong La’vere Lwarence, 31 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Dion-johan Cools, 26 tahun – SV Zulte Waregem
Shahrul Mohd Saad, 29 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

Tengah

Safiq Rahim, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohamed Syamer Kutty Abba, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj, 24 tahun – Petaling Jaya City Fc

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad, 27 tahun – Kedah Darul Aman Fc
Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 23 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Safawi Rasid, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

Pemain Simpanan

Ahmad Khuzaimi Piee, 29 tahun – Negeri Sembilan Fc
Arif Aiman Mohd Hanapi, 20 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohamadou Sumareh, 28 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 22 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, 33 tahun – Selangor Fc
Quentin Cheng Jiun-ho, 23 tahun – Selangor Fc
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, 27 tahun – Petaling Jaya City Fc
Khair Muhammad Jefri Jones, 33 tahun – Negeri Sembilan Fc
Mohamad Faisal Abdul Halim, 24 tahun – Terengganu Fc
Dominic Tan Jun Jin, 25 tahun – Sabah Fc
Muhamad Nor Azam Abdul Azih, 27 tahun – Sri Pahang Fc
Luqman Hakim Shamsudin, 20 tahun – KV Kortrijk
Liridon Krasniqi, 30 tahun – Odisha Fc
Zhafri Yahya, 28 tahun – Kuala Lumpur City Fc

Tri-Nations Series 2022: Malaysia 2-0 Filipina

Ketua Jurulatih pasukan Bola Sepak Malaysia dari Korea Selatan, Kim Pan Gon telah membuat debut kejurulatihannya dengan kemenangan dan permainan penuh bergaya ke atas Filipina.

Dalam perlawanan menentang Filipina ini bukan saja corak permainan yang diterapkan Kim Pan Gon menjadi tumpuan tetapi kepulangan kembali Safiq Rahim ke pangkuan Harimau Malaya.

Dengan status pemain tengah yang terbaik dimiliki Safiq Rahim maka tidak hairanlah kenapa Kim Pan Gon meletakkan Safiq Rahim dikesebelasan utama dan Dion Cools pula beraksi diposisi asalnya selaku bek kanan.

Malaysia bermula baik dengan permainan penuh meyakinkan ketika menentang Filipina di kejohanan FAS Tri-Nations Series 2022 terutamanya untuk tempoh 10 minit pertama permainan.

Seawal minit ketiga Malaysia sudah berada dihadapan hasil jaringan Akhyar Rashid dengan satu jaringan padu selepas melakukan satu gerakan cantik sebelum melepaskan rembatan deras.

Gol tipikal Akhyar Rashid yang selalu dijaringkan di kejohanan Piala AFF.

Akhyar Rashid menerima lorongan cantik dari Corbin Ong dan terus melakukan larian sehingga ke garisan gol sebelum menarik bola memperdayakan pertahanan Filipina.

Pemain sayap lincah itu berpusing kebelakang dan memilih untuk terus melakukan satu percubaan yang membuahkan hasil.

Malaysia datang lagi kali ini melalui hantaran silang Dions Cool yang mencetuskan huru-hara di bahagian pertahanan Filipina.

Satu rembatan kencang hampir menggandakan kedudukan buat Harimau Malaya namun palang mencemburui lalu menjadi penghalang.

Selepas itu permainan pantas dan lancar Harimau Malaya mula kendur kerana Filipina sudah mula mendapat rentak dan kembali mengimbangi perlawanan.

Malaysia terus merencana gerakan untuk menambah jaringan walaupun tidak sekerap pada 10 minit pertama tadi.

Pada minit ke-24 Akhyar Rashid terus mengasah ketajaman penyudahnya dengan gol kedua yang terhasil dengan begitu cantik dan merkoket sekali lagi.

Gol berpunca dari satu serangan balas pantas yang direncanakan oleh Safiq Rahim yang terus menghantar bola ke atas mencari Syafiq Ahmad.

Akhyar Rashid segera melakukan larian melihat Syafiq Ahmad datang di sebelah kanan untuk menerima umpanan.

Tanpa dikawal Akhyar Rashid menerima bola membuat kawalan yang kemas sebelum melepaskan rembatan deras kaki kiri.

Permain pantas dan kemas Harimau Malaya agak terencat menuju penamat separuh masa pertama dengan aksi keras dan kasar Filipina.

Untuk separuh masa pertama, satu permainan yang sangat positif dipamerkan oleh Harimau Malaya yang seperti memberi satu harapan.

Babak kedua bersambung, Filipina memperkemaskan permainan dengan lebih berdisiplin dan menutup segala ruang selagi boleh bagi merencatkan gerakan Harimau Malaya.

Selepas hampir sejam perlawanan barulah Filipina berjaya mendapatkan percubaan tepat pertama.

Tiga pertukaran serentak dilakukan Kim Pan Gon, Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Aidil Zaquan untuk cap ke-97 masuk menggantikan Safiq Rahim, Akhyar Rashid dan Ahmad Khuzaimi Piee.

Pada minit ke-60 lorongan Kogileswaran berjaya mencari Arif Aiman yang membuat satu rembatan namun berjaya ditepis penjaga Filipina.

Tiga pertukaran tersebut nyata sedikit merencatkan permainan yang menjadi lebih perlahan berbanding separuh masa pertama namun penguasaan permainan masih milik Malaysia.

Pada minit ke-70 dua lagi pertukaran dilakukan Kim Pan Gon, Muhammad Safawi Rasid dan Muhamad Nor Azam Abdul Azih masuk menggantikan Kogileswaran dan Syafiq Ahmad.

Kemasukan Safawi Rasid untuk posisi terbaiknya meletakkan Arif Aiman bermain di sayap kanan pula. Arif Aiman dan Safawi Rasid bergilir-gilir melakukan percubaan namun tiada gol tambahan terhasil.

Minit ke-80 Arif Aiman dikeluarkan untuk Quentin Cheng, penat Arif Aiman mengejar bola hantaran Liridon Krasniqi yang merapu meraban serta gemar melengahkan perlawanan.

Berbaki 5 minit permainan, Malaysia yang berkelebihan dua gol tidak bertahan dan terus melancarkan serangan dan menekan Filipina selagi boleh.

Penghujung perlawanan hantaran lambung Dion Cools berjaya mencari Safawi Rasid yang tidak dikawal tolakan Safawi disusuli rembatan lemah dari Syamer Kutty Abba yang jelas keletihan.

Kim Pan Gon mencatatkan kemenangan dalam debut. Menambah dan memberi harapan dengan corak permainan pada separuh masa pertama.

Kesebelasan utama Malaysia vs Filipina

Sebelum ini Kim Pan Gon memanggil 30 orang pemain untuk latihan pusat yang bermula pada 14 Mac 2022 dengan 10 pemain diletakkan dalam senarai bersedia.

Dan untuk senarai akhir hanya 25 pemain sahaja yang dibawa Kim Pan Gon ke Singapura untuk kejohanan FAS Tri-Nations Series 2022 selepas ada yang digugurkan dan menggugurkan atas pelbagai alasan.

Inilah senarai kesebelasan utama untuk perlawanan pertama Kim Pan Gon:

Penjaga Gol

Mohd Farizal Marlias, 36 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

Pertahanan

Corbin-ong La’vere Lwarence, 31 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Dion-johan Cools, 26 tahun – SV Zulte Waregem
Shahrul Mohd Saad, 29 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Ahmad Khuzaimi Piee, 29 tahun – Negeri Sembilan Fc

Tengah

Safiq Rahim, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohamed Syamer Kutty Abba, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj, 24 tahun – Petaling Jaya City Fc

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad, 27 tahun – Kedah Darul Aman Fc
Arif Aiman Mohd Hanapi, 20 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Akhyar Abdul Rashid, 23 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc

Pemain Simpanan

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, 35 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Safawi Rasid, 25 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohamadou Sumareh, 28 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Muhammad Ramadhan Saifullah Usman, 22 tahun – Johor Darul Ta’zim Fc
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, 33 tahun – Selangor Fc
Quentin Cheng Jiun-ho, 23 tahun – Selangor Fc
Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, 27 tahun – Petaling Jaya City Fc
Khair Muhammad Jefri Jones, 33 tahun – Negeri Sembilan Fc
Mohamad Faisal Abdul Halim, 24 tahun – Terengganu Fc
Dominic Tan Jun Jin, 25 tahun – Sabah Fc
Muhamad Nor Azam Abdul Azih, 27 tahun – Sri Pahang Fc
Luqman Hakim Shamsudin, 20 tahun – KV Kortrijk
Liridon Krasniqi, 30 tahun – Odisha Fc
Zhafri Yahya, 28 tahun – Kuala Lumpur City Fc

BACA:  Malaysia Terima Berita Baik, Tiada Lagi UAE Selepas Undian Semula Piala Asia