Triple H: VAR Tidak Akan Digunakan Di WWE

Ahli Gusti Hiburan terkenal, Triple H berkata Video Assistant Referee(VAR) tidak akan digunakan dalam perlawanan World Wrestling Entertainment(WWE).

Perkara ini berbangkit selepas para peminat menjerit mahukan VAR ketika NXT UK Takeover: Blackpool pada ahad lalu. Kelakarkan bunyinya.

VAR telah diguna pakai di Premier League musim ini dan telah mendatangkan kontroversi kerana keputusan yang tidak konsistern dan lambat.

Gol yang sepatutnya masuk tanpa masalah kadang kalau direview VAR lalu membunuh keseronokan meraikan gol itu.

Sekumpulan penonton telah menjerit ‘VAR’ di Empress Ballroom kerana pengadil kontroversi daripada pengadil ketika perlawanan pembukaan antara Trent Sevent dan Eddie Dennis.

Dalam NXT UK Takeover: Blackpool pertemuan antara Walter yang mahu mempertahankan WWE United Kingdom Championship dan Joe Coffey menjadi acara utama.

Triple yang mendenganr sorakan itu telah mengesahkan bahawa VAR tidak akan digunakan di WWE dalam temuramah selepas majlis tamat.

“Aku lihat beberapa komen di Twitter dan orang Amerika pula memberi reaksi ‘Neraka apakah ini VAR’?”

“Segenap tempat dalam dunia ini ada budaya sendiri untuk kau sedar sebenarnya ada dunia lain diluar dunia kau.”

Tiada Video Assistant Referee dan hanya ulang tayang sebagai ‘Video Assistant Reminder’ untuk bantu kau ingat detik yang padu.

“Kau tak akan lihat VAR dan ulang tayang yang kami berikan melibatkan aksi yang gila dan kau kena tengok dua kali untuk percaya.”

“Bila kami bagi ulang tayang itu sebagai ‘Video Assistant Reminder’ untuk apa yang terjadi.”

“Tiada VAR dalam NXT UK. Semuanya sah.”

Triple H atau nama sebenarnya, Paul Levesque merupakan juara dunia 14 kali WWE dan lima kali Intercontinental Champion dan dua kali European Champion.

Paul Levesque telah menjawat jawatan Executive Vice President of Talent, Live Events and Creative di WWE sejak 2013.

WWE bukan sukan gusti profesional sepeti yang dipertandingkan di Olimpik tetapi sukan hiburan yang melibatkan seni persembahan.

Apa yang terjadi dalam gelanggang WWE sesuatu yang telah direncana dan dirancang atau bahasa mudahnya scripted.

Jadah apa nak guna VAR? Boleh tahan juga bijak penonton yang nakkan VAR tu.

Baca Juga

Baca Juga