TS Training : Latihan Untuk Meningkatkan Pecutan

Pecutan adalah satu komponen yang sangat penting dalam permainan bola sepak moden. Lihat pemain hebat Barcelona, Leo Messi, yang mempunyai daya pecutan yang sangat tinggi.

Untuk mendapatkan daya pecutan yang tinggi, kekuatan otot peha sangat diperlukan dan berikut adalah 3 latihan yang boleh dilakukan.

1. One Leg Squat (Ketuk-ketampi Sebelah Kaki)

Satu kaki di belakang, dan satu kaki di hadapan | Kredit gambar : jennfit.ca
Satu kaki di belakang, dan satu kaki di hadapan | Kredit gambar : jennfit.ca

Posisikan diri dalam keadaan :

A. Badan tegak

B. Satu kaki ke depan (letakkan berat badan ke kaki ini)

C. Satu lagi kaki diletakkan di atas kerusi/tali setinggi paras lutut di belakang

D. Pegang dumbel 3kg (mengikut kemampuan) di tangan kiri dan kanan, sambil tangan rapat ke badan.

Seterusnya turunkan badan perlahan-lahan ke kaki hadapan sehingga peha sejajar dengan lantai.

Selepas itu bangun dengan pantas.

Ulang buat sebanyak 6 kali untuk kedua-dua kaki selama 3 set.

2. Lunge (Menyergap)

Perubahan postur badan dari tegak ke kedudukan lunge | Kredit gambar : Xfitgen.com
Perubahan postur badan dari tegak ke kedudukan menyergap | Kredit gambar : Xfitgen.com

Posisikan diri dalam keadaan :

A . Badan tegak

B. Kedua-dua tangan depakan ke tepi atau ke depan

Ambil satu langkah ke hadapan secara perlahan-lahan dan buka langkah seluas mungkin, sehingga betis dalam berkeadaan sejajar dengan lantai. Pastikan lutut tidak menyentuh lantai untuk hasil maksimum. Lakukan sebanyak 6 kali bagi dan 3 set bagi setiap kaki.

3. Split Squat Jump (Ketuk-ketampi Melonjak)

Postur seperti di atas Kredit gambar : www.oxygenmag.com
Postur seperti di atas | Kredit gambar : www.oxygenmag.com

Seperti di point nombor (2.), cuma kali ini melibatkan lompatan. Pastikan postur badan sentiasa tegak dan dada hendaklah sentiasa di belakang lutut. Ulang latihan sebanyak enam kali dan tiga set.

Info : FourFourTwo Performance

Baca Juga

Baca Juga