TSAM : Kalau Ini Drama, Pelakon Drama Ini Paling Senget

Tan Sri Anuar Musa masih lagi dalam misinya untuk membantu pasukan Kelantan dan seakan menyelar sesetengah pihak yang menyatakan keputusan tarik diri ini satu drama, malah menyatakan jika ini satu drama pelakon drama ini adalah paling “senget”.

“Kalau ini drama,pelakon drama ini paling “senget” sekali kerana menerima lakonan dgn tak pasal pasal kena cari duit yg begitu byk yg semua orang lain memberi pelbagai alasan utk melepas diri…”

Bagi TSAM isunya bukan tarik diri atau tidak tetapi yang penting adalah mencari dana dalam masa yang singkat.

“Bunyinya mudah…utk tidak tarik diri..tp isunya bukan TARIK DIRI ATAU TIDAK..isunya perlu cari beberapa juta dlm masa singkat.”

Menurut TSAM lagi mereka yang tidak berdrama sudah membuat kenyataan di akhbar tetapi duit dan tajaan tidak datang walaupun tarikh akhir sudah menghampiri.

“Yang tak berdrama dah penuh muka akhbar dgn berbagai statement TAPI DUIT DAN TAJAAN TAK DATANG DATANG sehingga dah rapat ke deadline,di biar masaalah tanpa penyelesaian.

Ketika ini TSAM sedang bercuti bersama keluarga di luar negara meminta KAFA jangan membuat keputusan muktamad menarik diri sebelum bertemu dengan beliau. TSAM juga sudah merancang untuk mengadakan Makan Malam bersama bakal penaja berpotensi pada 2 Januari 2017.

“Justeru utk cari dana,saya dan ALHAMRA akan anjur satu”PRIVATE DINNER”BERSAMA SAYA PD 2/1/17.CEO CEO SKT DAN KAWAN KAWAN YG saya undang,di harap sudi bersama saya di EASTIN HOTEL KL…”

Semoga TSAM berjaya menyelamatkan Kelantan dari masalah kewangan yang ditinggalkan oleh bekas Presiden KAFA yang telah meletakkan jawatan.

Baca Juga

Baca Juga