Penyelamat bola sepak Kelantan satu ketika dahulu yang juga bekas Presiden KAFA, Tan Sri Haji Annuar Musa bin Haji Musa mengesahkan akan merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM).
Tan Sri Annuar Musa atau panggilan manjanya TSAM mengesahkan menerima pencalonan sebagai Presiden FAM bagi penggal 2018-2021 melalu laman muka bukunya yang disertakan surat menerima pencalonan.
Masih mengekalkan penulisan dengan huruf kecik besar kecik besar yang menjadi cap dagangnya walaupun tidak begitu ketara seperti dahulu TSAM berterima kasih kepada Datuk Yusoff Mahadi.
“Terima Kaseh Y.Bhg Datuk Yusoff Mahadi Pemangku Presiden FAM yang datang ke Pejabat Saya untuk menghantar borang pencalunan PRESIDEN FAM.”
TSAM menerima pencalonan ini atas dasar demokrasi bagi membolehkan perwakikan memilih calon yang pelbagai.
“Saya merasakan PARA PERWAKILAN KONGRES FAM JULAI NANTI wajar di berikan peluang memilih antara alternatif yg berbagai bagai dan berbeza secara bebas dan terbuka tetapi dalam suasana penuh semangat kesukanan.”
Seperti biasa laungan keramat adalah untuk mengangkat bola sepqk Malaysia.
“Sudah lama bolasepak negara tercari cari dan ternanti nanti SATU SENTUHAN YANG BENAR BENAR MENGANGKAT BOLASEPAK MALAYSIA ke satu tahap baru.”
“Sesuai dengan semangat itu,saya mengesahkan telah membuat keputusan utk menerima pencalunan bagi jawatan PRESIDEN FAM.”
Sebelum ini hanya Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan akan bertanding jawatan Presiden FAM pada pada Kongres ke-54, 14 Julai depan.
Ketika Hamidin sudah menngesahkan unutk bertanding bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi masih belum mendapat membuat keputusan dan memerlukan sedikit masa.
Kini TSAM sudah kembali dan akan bertanding selepas kekecewaan teruk dalam politik. Pengarah ISN belum memberi sebarang keputusan.
Hamidin yang mendapat pencalonan daripada 18 ahli gabungan dikejutkan dengan pencalonan saat akhir Annuar oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Azim daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).