TSAM Tidak Mahu Bertanding Jawatan Presiden KAFA

Tan Sri Anuar Musa (TSAM) yang sebelum ini sudah mengundur diri dari jawatan Presiden Pesatuan Bola Sepak Negeri Kelantan sekali lagi dicalonkan untuk jawatan tersebut tetapi beliau telah menolak pencalonan tersebut.

Keputusan menarik diri ini diumumkan TSAM melalui satu entri di laman muka buku peribadinya selepas namanya turut dicalonkan. TSAM menarik diri bagi memberi peluang kepada muka baru mengemudi KAFA selepas 10 tahun beliau menyandang jawatan Presiden.

TSAM juga menganggap keputusan mencalonkan beliau boleh mengecewakan pencinta bola sepak Kelantan yang selama ini mahu beliau meninggalkan KAFA.

“Difahamkan nama saya masih dicalonkan untuk presiden KAFA dan ada beberapa nama lain (bertanding jawatan itu)…Usah kecewakan ‘pencinta bola Kelantan’ yang sudah lama berjuang untuk saya tidak memimpin KAFA.”

TSAM menambah beliau tidak perlu bertanding kerana yakin calon lain mampu membawa Kelantan ke tahap lebih baik.

“Calon presiden yang disenaraikan mampu membawa pasukan Kelantan ke peringkat yang lebih baik daripada apa yang saya lakukan selama 10 tahun memegang jawatan itu.”

“Saya tidak perlu bertanding kerana saya yakin ramai (calon) lain boleh buat lebih baik dari saya…10 tahun bagi saya sudah cukup lama..”

Tanpa Jawatan Masih Mampu Dapatkan RM8 Juta

Tanpa sebarang jawatan musim ini TSAM menyatakan beliau masih mampu membantu kewangan KAFA dengan dana sebanyak RM8 juta.

“Tahun ini saya tidak pegang apa-apa jawatan tapi secara sukarela (saya) usahakan hampir RM8 juta melalui syarikat rangkaian saya (sebagai penaja).

Beliau juga digantung daripada memegang jawatan Pengerusi MARA kerana Bola Sepak Kelantan.”

“Sehingga saya digantung dalam MARA kerana bola sepak Kelantan…yang akhirnya saya memilih untuk berhenti dari MARA susulan beberapa peristiwa dalam MARA…Semua (yang berlaku) saya reda demi The Red Warriors (TRW) yang saya lahirkan dan saya kendong,” katanya.

Berharap Tiada Perebutan Jawatan

Setelah mengumumkan penarikan diri TSAM berharap tiada perebutan jawatan yang berlaku walaupun kemungkinan besar bakal terjadi kerana perebutan ini akan merugikan KAFA.

“Besar kemungkinan berlaku perebutan jawatan…ada baik ada buruk… Berdasar pengelaman MASAALAH KAFA IALAH KITA TIDAK CUKUP JUMLAH TAJAAN…KOS LEBIH TINGGI DARI HASIL…”

TSAM menyeru agar semua bersatu padu bagi memastikan TRW mempunyai dana yang mencukupi.

“Jadi agak rugi kalau ada perebutan..Sebaiknya gembeling SEMUA TENAGA ANAK KLATE YG NAK MEMBANTU..pastikan TRW ADA TAJAAN YG CUKUP…baru keadaan di perbaiki..”

Reaksi pelbagai diterima ekoran pengumuman TSAM ini. Ada bersyukur, ada berduka dan ada menantikan sebuah drama. Semoga hasrat Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan ini menjadi kenyataan.

Sumber

Baca Juga

Baca Juga