TSAM Tinggalkan KAFA Dengan Jenama TRW Yang Bernilai RM10 Juta

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa membuat satu post di laman bukunya menyebut bahawa beliau meninggalkan KAFA dengan jenama The Red Warrior yang dianggarkan bernilai tidak kurang dari RM10 juta.

Bapa Pembangunan bola sepak Kelantan itu menyatakan bahawa Presiden baru KAFA Bibi Ramjani yang merupakan seorang ahli perniagaan melihat semua perkara itu dan menyifatkan sebagai entiti komersil KAFA dan TRW mempunyai aset dan liabiliti.

Gandingan Padu Vida dan TSAM suatu masa dahulu.

TSAM menambah jika TRW tiada nilai seperti beliau mula menjawat jawatan Presiden pada tahun 2007 dahulu, perebutan jawatan tidak akan berlangsung dengan sengit.

“Bibi sebagai ahli perniagaan tentu akan melihat semua itu..kalau TRW tiada nilai spt sewaktu 2007 dulu tentunya tiada perebutan yg begitu sengit…ALHAMDULILLAH..”

Dalam pada itu TSAM juga berharap bekas Setiausaha Agung KAFA, Dato Ismail dapat memperincikan nota serahan tugas. TSAM juga mengimbas kembali detik ketika beliau mula mengambil alih KAFA pada 2007.

Bibi Ramjanni Presiden KAFA

Ketika mula menjawat jawatan presiden TSAM mewarisi hutang jutaan ringgit tanpa pejabat, tiada baki tajaan, tiada jaminan, tiada aset dan tiada kenderaan. Yang ada pada ketika itu hanyalah hutang.

Ketika beliau meninggalkan TRW pada hari ini masih ada hutang tetapi hutang yang aktif dan berjadual dan bukannya hutang lapuk dengan tajaan semasa yang menunggu bayaran sebanyak RM1 juta dan tajaan bertangguh sebanyak RM8 juta.

Selain itu terdapat juga aset dan yang paling penting adalah brand atau jenama TRW yang dibina oleh TSAM sehingga digelar Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan, malah ada yang menganggap TSAM sebagai penyelamat bola sepak Kelantan.

“Sebagai entity komersil KAFA & TRW ada asset dan ada Liability..adat perniagaan kita wajib mengambil kedua duanya..”

Anuar juga berkata semuanya terpulang kepada pengurusan baru kerana menguruskan KAFA adalah sesuatu yang menarik, mencabar tapi cukup membebankan sambil memuji dan menghormati Bibi kerana sanggup memikul tanggungjawab yang berat ini.

Pengurusan Baru KAFA

“Kita tabek kepada BIBI…berani tampil memikul tanggung jawab yg di lepas dan tak di sanggupi oleh sebuah kerajaan..TAPI ANDA BERANI “WALK THE TALK”…semangat anak klate ada pada anda.Semoga di tolongi ALLAH SWT…..???”

Sumber

Berita ini ditulis bersumberkan dari laman muka buku TSAM.

Baca Juga

Baca Juga