Penyelamat bola sepak Kelantan dan juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan(KAFA), Tan Sri Anuar Musa (TSAM) mengumumkan untuk keluar dari menyokong MU. Bukan keluar UMNO seperti segelintir katak-katak politik
TSAM yang sebelum nyata kecewa dengan prestasi semasa Kelantan di saingan Liga Super hingga ke liga bawahan bertambah kecewa dengan pasukan MU yang tiada hala tuju sekaligus menyebabkan beliau hilang keyakinan.
TSAM merupakan individu yang bertanggungjawab menaikkan kembali bola sepak Kelantan dan menaikkan jenama The Red Warriors(TRW) meluahkan kekecewaannya itu melalui satu kicauan di laman Twitter.
Dalam perlawanan menentang Liverpool di Anfield, Manchester United telah tewas 3-1 dan tidak melawan serta sangat memalukan.
“Saya dan keluarga satelah berfikir panjang dan menimbangkan dari semua sudut,terutama nya perkembangan semasa dan terkini dgn ini membuat keputusan KELUAR DARI TERUS MENYOKONG MU.Keputusan di buat dgn rela kerana hilang keyakinan dgn pembimbing pasukan yg nyata tiada halatuju?”
Saya dan keluarga satelah berfikir panjang dan menimbangkan dari semua sudut,terutama nya perkembangan semasa dan terkini dgn ini membuat keputusan KELUAR DARI TERUS MENYOKONG MU.Keputusan di buat dgn rela kerana hilang keyakinan dgn pembimbing pasukan yg nyata tiada halatuju😂
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 17, 2018
Adakah TSAM memerli rakan-rakan politiknya yang kini heboh mahu keluar dari parti dinaungi dan melompat ke parti lain demi 3,4,5,6 suap nasi?
TSAM mengundurkan diri dari mengekalkan jawatan Presiden KAFA yang kini disandang oleh Ahli Perniagaan terkenal di Kelantan, Puan Bibi Ramjani Ilias Khan atau panggilan mesranya Kak Bi.