Tu Dia, Marcote Dah Mai Bak Hang!

WELCOME BACK Ramón Marcote! Itulah ucapan aluan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) di laman muka buku rasminya sempena ketibaan Ramon Marcote di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Ramon Marcote akhirnya tiba di negeri Jelapang Padi itu selepas melalui perjalanan selama 29 jam dari A Coruna, Sepanyol. Kedatangan Marcote adalah untuk memuktamadkan kontrak dalam masa terdekat bersama KFA sebagai Ketua Jurulatih Skuad Liga Super Kedah bagi musim 2018.

Usaha KFA membawa Marcote kembali bersama Helang Merah mendapat sokongan padu peminat melalui penglibatan pihak penaja ECK Development Sdn. Bhd dan sudah pasti YAB Presiden KFA, Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah merestui tindakan ini.

Ramon Marcote pernah ditugaskan sebagai jurulatih kecergasan Helang Merah pada musim 2015, namanya tidak asing dengan amanah 4 perlawanan dibawah kendaliannya meninggalkan kesan cukup mendalam buat peminat dan berjaya membawa Kedah layak ke pentas akhir TM Piala Malaysia 2015.

Berpengalaman luas dalam sistem akademi bolasepak Atletico Madrid sebagai jurulatih projek pembangunan kelab terkenal Sepanyol tersebut cukup mengujakan semua pihak.

Jika tiada aral melintang dan kedua belah pihak mencapai persetujuan maka ikatan akan kedua mempelai akan diumumkan YAB Presiden KFA, Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Kini hanya pengumuman rasmi dari KFA sahaja yang akan memuktamadkan berita ini. Marcote sentiasa menjadi idaman penyokong Kedah, kini bakal menjadi kenyataan.

Ramon Marcote Sentiasa Menjadi Calon Kegemaran Penyokong Kedah

Imbas kembali cerita lama apabila bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan bagi menyahut cabaran sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan KFA pada ketika itu dikatakan menolak perletakkan jawatan Tan Cheng Hoe.

Mario Gomez telah diumum sebagai jurulatih Haraimau Malaya yang baru menggantikan Ong Kim Swee dan telah memilih Cheng Hoe sebagai pembantunya. Realitinya Gomez belum menerima jawatan tersebut dan masih bertarik tali kerana isu gaji.

Risau pulok kawe. Head Coach tak confirm lagi. Aku dah letak jawatan. Ooo Jeng kreng!

Kelakarkan tetapi ubahlah mentaliti kita dengan menerima perkara ini dengan serius. Inilah cara pengurusan baru, korang apa tahu.

Ekoran pemergian Cheng Hoe beberapa nama pengganti telah naik seperti Kiatisuk Senamuang, Ramon Marcote dan Azraai Khor serta Claudio Ranieri.

Tapi tu semua cerita lama. Dah jadi sejarah tunggu masa jadi Petroleum.

Piya nak ikut coach gi Kedah buleh?

Ramon Marcote dilihat sebagai calon kegemaran penyokong Kedah di mana Marcote pernah membawa Kedah ke final Piala Malaysia pada 2015 ketika Cheng Hoe pergi menyelesaikan kursus kejurulatihan di China.

Antara sebab Marcote menjadi pilihan kerana bekas penolong jurulatih Atletico Madrid juga sudah mengenali dengan dekat barisan pemain Kedah dan corak permainan Marcote mirip kepada apa yang diterapkan Cheng Hoe yang gemarkan hantaran pendek.

Sebelum ini Marcote meninggalkan Kedah disebabkan isu gaji kerana ketika itu nilai Ringgit Malaysia merudum sehingga sekarang dan keputusan dibuat KFA ketika itu tepat kerana Helang Merah terus terbang tinggi di bawah Cheng Hoe walaupun tanpa bantuan Marcote.

Baca Juga

Baca Juga