Tuah Seorang Penyokong Dapat Beraksi Bersama JDT Dan The Rest of The World

Tuah ayam nampak dikaki dan tuah manusia juga nampak dikaki bagi seorang peminat JDT, Farhan Khair yang mendapat jemputan untuk bermain bersama lagenda bola sepak dunia dalam perlawanan amal JDT All Stars.

Perlawanan amal yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bharu itu menemukan JDT TMJ menentang JDT Rest of The World yang membariskan pemain handalan dan lagenda dunia.

Perlawanan sedap ini menyaksikan 14 gol terhasil dan HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim turut mencatat nama sebagai penjaring. Jaringan yang dilakukan TMJ hasil daripada satu sepakan lencong ke kanan gawang yang menyaksikan bola cantik terhasil.

Farhan Khair sangat telah dihubungi sehari sebelum perlawanan dan dijemput untuk beraksi bersama JDT Rest of The World selepas video pendek kiriman beliau mendapat perkenan TMJ.

“Sehari sebelum perlawanan amal JDT All Stars, saya dihubungi oleh pihak JOHOR southern tigers. Diberitahu bahawa video pendek telah diperkenan oleh DYAM TMJ. Waktu itu, sukar untuk gambarkan perasaan diri ini.”

Dalam hantarannya dilaman muka buku beliau Farhan Khair menyatakan perasaanya yang bercampur-baur dengan jemputan itu dan dapat beraksi di stadium keramat.

“Hari perlawanan, dengan perasaan bercampur baur, saya hadir ke Stadium Larkin. Kali ini perasaan ke stadium sangat berbeza. Dengan memegang beg berisi kasut bola, itu sudah cukup membuat diri tersenyum. Tiba di depan stadium, saya tersenyum dan kepala terngiang, “Aku akan main bola dalam stadium keramat ni”.”

Beliau juga menceritakan pengalaman beliau masuk ke bilik persalinan dan bertemu bintang selebiriti, pemain JDT dan pemain bola sepak dunia.

“Masa ini memang perasan tu real! Masuk bilik persalinan, bersiap bersama bintang selebriti, pemain JDT, malah pemain bolasepak dunia! Tersandar saya di bangku bertatahkan logo JDT tersebut.”

“Tak percaya, memang tak percaya ia berlaku. Lihat sebelah kanan, Caniggia sedang bersiap. Lihat sebelah kiri, Rivaldo & Edgar Davids sedang bersiap. Hati kecil berbisik, “Aku satu team dengan world class player, aku satu team dengan pemain JDT.” Perasaan tu tak tahu nak gambarkan dengan kata-kata. Kaku. Kaget. Jakon. Bangga. Semua ada.”

Mengalir air mata beliau melihat suasana di stadium keramat JDT itu sambil disapa oleh Junior Eldstal untuk memanaskan badan dan Louis Saha yang mengajak beliau main bersama.

“Kali ini memang tidak dapat menahan air mata. Menangis sambil melihat sekeliling stadium. Bercakap sendiri, “Ini bukan mimpi dah, ini realiti”. Sampaikan ditegur oleh Junior Eldstal dengan senyuman, “Lets warm up, bro”. “

“Kesat air mata dan terus sambut bola. Berlari anak, sepak bola sendirian, sebenarnya segan dan saya masih lagi mahu menikmati suasana sekeliling stadium.”

“Muncul Louis Saha menyapa, “Come on bro, lets play together”. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa gembiranya perasaan waktu itu.”

Detik yang dinanti tiba pada mini ke-60 apabila Ulisses Morais memanggil beliau untuk menikmati satu peluang yang tidak ramai dapat kecapim, masuk menggantikan Benjamin Mora untuk bermain bersama lagenda.

“Tiba minit ke-60 permainan, muncul coach Ulisses Morais di hadapan saya. Dia cakap, “Boy, are you ready to go?”.

“Mula-mula memang takut, tapi ah tak peduli, ini peluang sekali seumur hidup. Pengadil meniup wisel berhentikan permainan. Kelihatan Benjamin Mora berlari anak menuju ke arah saya.

Pertukaran dilakukan antara saya dan Benjamin Mora. “Enjoy your moment, boy” pesan Mora.”

Farhan Khair masuk dan bermain disayap kanan pada minit ke-65 untuk bermain bertukar hantaran bersama Edgar Davis, Claudio Caniggia dan ramai lagi.

“Mula permainan sebagai sayap kanan pada minit ke-65, saya berlari anak sambil tersenyum. Bola sampai di kaki Rivaldo, saya angkat tangan meminta bola daripadanya. Bayangkan, pemain bolasepak dunia melihat anda, dan terus membuat hantaran jauh kepada anda. Nasib baik disambut elok.”

“Pemain bertaraf dunia tiada masalah untuk membuat hantaran kepada Farhan. Malah Farhan menceritakan detik yang paling akan diingati dalam hidupnya.”

“Tapi waktu itu tersenyum bangga. Sama juga ketika bola di kaki Edgar Davids, saya terus berlari ke depan dengan harapan Edgar akan membuat hantaran jauh. Ya, Edgar juga berbuat demikian. Saya berlari mengejar bola sambil tersenyum bangga.”

“Ketika sedang membawa bola mencari pemain untuk menghantar bola, muncul Claudio Caniggia meminta bola. Sempat juga lah membuat ‘cutback’ kepada beliau. Itu semua moment terbaik di dalam padang. Saya bermain bolasepak dengan pemain bertaraf dunia, malah mereka adalah pemenang bolasepak dunia FIFA!”

“Percayalah, senyuman waktu itu tak hilang dari raut wajah ini. Bangga, memang terlalu bangga!”

Satu pengalaman gila amat yang menajdi idaman ramai seperti kau, aku dan dia. Power amat.

Inilah aksi Farhan bermain bersama selebriti, bintang JDT dan pemain lagenda dunia.

Baca Juga

Baca Juga