Tuchel Anggap Sangat Bodoh Andai Ada Yang Percaya Chelsea Boleh Menang Liga Musim Ini

Harapan Chelsea untuk memenangi gelaran liga semakin malap selepas mereka sekali lagi keciciran mata kerana sekadar terikat 1-1 bertemu Brighton awal pagi tadi.

Kegagalan The Blues mengutip tiga mata penuh di halaman sendiri menyebabkan mereka ketika ini lapan mata di belakang Manchester City yang sedang mendahului carta saingan Premier League.

Walau bagaimanapun juga, The Blues sememangnya tidak bernasib baik dalam perlawanan pada hari ini, dengan mereka yang awalnya yakin akan membawa pulang tiga mata penuh, terpaksa akur mengutip satu mata sahaja selepas Welbeck meledak gol penyamaan di minit-minit akhir permainan.

Keputusan seri itu menyebabkan Chelsea kini semakin jauh ketinggalan dan semakin sukar untuk mengejar Manchester City yang selesa di puncak liga.

Selepas tamat perlawanan, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel jelas tidak gembira dan beliau turut mengeluarkan kenyataan yang agak mencetuskan kontroversi.

Ketika ditanya tentang harapan untuk Chelsea menjuarai saingan liga musim ini, beliau menegaskan yang adalah sangat bodoh untuk memikirkan yang mereka boleh jadi juara dengan situasi pandemik dan kecederaan yang di hadapi.

“Bagaimana mungkin kami boleh ada dalam itu (pencabar kejuaraan)? Kami ada tujuh pemain positif C0V-19. Kami ada lima ke enam pemain yang akan terpaksa diketepikan selama enam minggu atau mungkin lebih lama.”

“Bagaimana mungkin untuk kami bersaing merebut kejuaraan liga?”

Soal Thomas Tuchel.

“Semua orang yang lain yang ada skuad lengkap, semua pemain yang sertai sesi latihan ada kekuatan penuh untuk habiskan saingan liga.”

“Kami akan jadi sangat bodoh kalau rasa yang kami boleh lakukan walau ada kes C0V-19 dan masalah kecederaan dan kami terpaksa bermain juga. Dan semua orang sangat bodoh kalau rasa mereka mampu lakukan itu dengan tidak ada 23 pemain yang cergas sepenuhnya.”

Namun begitu, barisan pemain Chelsea ketika beraksi bertemu Brighton sebenarnya agak menarik juga kerana dibarisi pemain-pemain berbakat dan hebat.

Kepa Arrizabalaga, Marcos Alonso, Ross Barkley, Trevor Chalobah, Kai Havertz, N’Golo Kante dan Hakim Ziyech merupakan barisan pemain yang menjadi pemain simpanan Chelsea ketika aksi bertemu Brighton awal pagi tadi.

Dan ketika ditanya tentang integriti berkait pertandingan ini, Tuchel mendedahkan bahawa:

“Ini lah realiti, di sini di mana kita berada dan kita perlu biasakan diri dengan permintaan pada situasi yang kita sedang berada sekarang.”

“Saya berusaha dengan sangat keras untuk catat kemenangan bertemu Brighton di halaman sendiri. Saya tak tahu apa yang boleh saya harapkan dari pemain saya dari segi fizikaliti, intensiti atau kecergasan.”

“Tidak ada sesiapa tahu apa-apa kerana kami tak pernah lalui situasi seperti ini. Kami sekadar cuba dan lihat apa lagi yang boleh kami lakukan.”

“Saya akan lindungi skuad saya. Kami boleh bermain dengan baik tapi kami tetap perlukan skuad yang lengkap setiap minggu. Reece James mengalami kecederaan hamstring, yang mana ia satu tamparan yang hebat, dan Andreas Cheistensen turut dibelenggu kecederaan berturut-turut.”

Thomas Tuchel ketika temu bual sama turut meluahkan rasa bengang beliau terhadap keputusan pengadil perlawanan.

Beliau menganggap yang Christian Pulisic seharusnya di hadiahkan sepakan penalti pada aksi babak kedua permainan, namun ia telah dinafikan oleh pengadil perlawanan.

Lalu Chelsea selepas ini semakin sukar, dengan mereka bakal turun beraksi bertemu Liverpool pada hujung minggu nanti.

Kedua-dua pasukan merupakan pencabar utama kejuaraan liga musim ini, dan salah satu pasukan berkemungkinan akan terus dicicirkan dari menjadi pencabar kejuaraan liga.

Sumber: GMS

BACA:  Chelsea Bazirkan £700,000 Seminggu Untuk 6 Pemain Yang Mereka Memang Tak Nak