Tuchel Dedah Kisah Sebalik Kasut Bertuah Yang Dipakai Ketika Perlawanan Akhir UCL

Thomas Tuchel telah memakai sepasang kasut yang dianggap membawa tuah kepadanya ketika aksi perlawanan akhir Champions League.

Kasut itu merupakan hadiah dari Presiden Paris Saint Germain, Nasser Al-Khelaifi kepadanya dan beliau menganggap kasut itu membawa tuah.

Pengurus berusia 47 tahun itu kebiasaannya memakai kasut sukan Nike pada hari perlawanan biasa kerana Chelsea ditaja oleh Swoosh, namun pada hari Sabtu lalu, beliau telah memakai kasut Hoka One One Bondi 7.

Pada awalnya tiada sesiapa yang mempertikaikan tentang pemilihan kasut Tuchel pada hari perlawanan bertemu Manchester City itu.

Namun ketika Reece James dan Jorginho dilihat menjulang kasut Tuchel semasa meraikan kejayaan mereka di bilik persalinan, ramai yang mempersoalkan mengapa beliau memakai kasut tersebut.

Tuchel yang berjaya membantu Paris Saint Germain memenangi empat gelaran domestik pada musim keduanya turut berjaya membawa kelab ke perlawanan akhir Champions League.

Sayangnya, beliau gagal untuk membantu Paris Saint Germain memenangi gelaran Champions League pertama mereka selepas kekalahan 1-0 di tangan Bayern Munich dalam aksi perlawanan akhir.

Kekalahan di tangan Bayern Munich ketika aksi perlawanan akhir di Estadio da Luz merupakan kisah awal tentang mengapa beliau percaya kasut tersebut membawa tuah.

“Saya dapat kasut ini ketika saya masih di Paris dan saya telah buat satu perjanjian yang mana saya tak akan memakai kasut ini sehingga saya dapat beraksi di pentas perlawanan akhir Champions League.”

Jelas Tuchel selepas tamat aksi perlawanan akhir bertemu Chelsea hujung minggu lalu.

“Kasut ini merupakan hadiah dari Presiden PSG dan saya berjanji pada staff saya yang saya hanya akan memakai kasut ini ketika perlawanan akhir tapi saya tak pakai dan kami kalah.”

“Saya pakai kasut itu hari ini dan ia berkesan.”

Dalam temu bual yang sama, beliau menyambung lagi:

“Keluarga saya di sini, ibu bapa saya di sini. Datuk saya yang sudah tidak ada lagi, ia sungguh beremosi untuk saya.”

“Saya sendiri tidak pernah membayangkan sebagai seorang pengurus muda yang saya boleh menyentuh Piala ini dan kini saya sudah beraksi di dalam dua edisi perlawanan akhir dan saya menang pada hari ini.”

“Ia bermula dengan ibu dan bapa saya yang membawa saya ke setiap sesi latihan bola sepak. Isteri saya menyokong saya ketika saya mengurus pasukan di division kelima dengan hanya ada 20 penonton sahaja.”

“Kami suka untuk menjadi underdog. Sebab kenyataannya mereka adalah calon untuk menang, memang ada jurang yang cukup besar antara kami dengan mereka dalam saingan liga. Kami terima itu.”

“Kami bersedia untuk kalah tapi dalam masa sama kami mahu mencipta sesuatu dan menang.”

BACA:  Unai Emery Sahkan Beliau Bakal Tinggalkan PSG Hujung Musim Ini