Tuduhan Arnold Tidak Bagus Ketika Bertahan Hanya Mitos dan Statistik Ini Jadi Bukti

Bergegar satu dunia apabila pemain pertahanan paling hebat di alam semesta ini, Trent Alexander-Arnold tidak dipilih oleh Gareth Southgate untuk pasukan England bagi menghadapi EURO 2020.

Namun semua itu reda seketika selepas Gareth Southgate mengumumkan senarai sementara 33 pemain sebelum senarai rasmi 26 pemain diumumkan semula pada 1 jun 2021.

Dalam senarai terbaharu itu nama Trent Alexander-Arnold kembali tersenarai dan nama ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson yang tidak cergas turut ada.

Sebelum ini, Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp terasa amat bingung dengan keputusan pengurus England, Gareth Southgate kerana tidak memilih dan mengabaikan pemain hebat Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Jurgen Klopp percaya, Alexander-Arnold boleh menawarkan England pilihan yang tidak ternilai untuk bola sepak antarabangsa terutamanya menentang negara yang tidak kuat.

Tindakan Gareth Southgate mengabaikan Trent Alexander-Arnold telah menimbulkan ketidakpuasan hati Jurgen Klopp yang mempersoalkan tindakan Southgate.

Perbinccangan hangat tercetus gara-gara Trent Alexander-Arnold tidak berada di hati Gareth Southgate kerana pada awal 2021 Trent Alexander-Arnold mengalami kemerosotan prestasi.

Gara-gara tidak tersenarai sebelum ini. ada yang menuduh bahawa Trent Alexander-Arnold tidak bagus ketika bertahan dan tidak bermain dengan baik sebagai pertahanan apabila telah diserang oleh lawan.

Namun tuduhan itu telah disangkal oleh seorang pengguna Twitter yang bernama Joel Rabinowitz yang telah mengeluarkan statistik membuktikan kehebatan Trent Alexander-Arnold ketika bertahan.

Dalam skuad sementara diumumkan Southgate untuk posisi righ-back, Trent Alexander-Arnold diletakkan bersama tiga lagi pemain pilihan iaitu Kyle Walker, Kieran Trippier dan Reece James.

Berdasarkan statistik musim 2020/21 untuk perlawanan liga sahaja, statistik bertahan daripada Trent Alexander-Arnold sangat bagus jika dibandingkan dengan Kyle Walker, Kieran Trippier dan Reece James.

Joel Rabinowitz telah menyenaraikan statistik tackle success, dribbled past dan ball recoveries bagi setiap 90 minit permainan.

Tackle success:

Trent Alexander-Arnold โ€“ 57.9%
Kyle Walker โ€“ 54.3%
Kieran Trippier โ€“ 43.9%
Reece James โ€“ 38.8%

Dribbled past per 90:

Trent Alexander-Arnold โ€“ 0.71
Kyle Walker โ€“ 0.74
Reece James โ€“ 1.14
Kieran Trippier โ€“ 1.16

Ball recoveries per 90:

Trent Alexander-Arnold โ€“ 9.97
Kieran Trippier โ€“ 8.87
Kyle Walker โ€“ 8.66
Reece James โ€“ 8.18

Statistik ketika menyerang tanpa statistik pun satu dunia dah tahu bahawa Trent Alexander-Arnold sangat mengancam ketika membantu jentera serangan. Sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan.

Joel Rabinowitz telah menyenaraikan statistik key passes, expected assists dan Progressive passes bagi tempoh 90 minit permainan.

Key passes per 90:

Trent Alexander-Arnold โ€“ 2.17
Reece James โ€“ 1.52
Kieran Trippier โ€“ 1.27
Kyle Walker โ€“ 0.32

Expected assists per 90:

Trent Alexander-Arnold โ€“ 0.24
Kieran Trippier โ€“ 0.13
Reece James โ€“ 0.11
Kyle Walker โ€“ 0.02

Progressive passes per 90:

Trent Alexander-Arnold โ€“ 8.25
Kieran Trippier โ€“ 7.35
Kyle Walker โ€“ 4.95
Reece James โ€“ 4.2

Trent Alexander-Arnold telah berada dikedudukan ketiga keseluruhan sebagai pemain paling banyak mencipta peluang besar di Premier League dan menjadi satu-satunya pertahanan berada dalam senarai ini.

Pemain lain kebanyakanny adalah pemain tengah berbisa. Namun terselit nama Trent Alexander-Arnold disitu:

1. Bruno Fernandes (20)
2. Kevin De Bruyne (17)
3. Trent Alexander-Arnold (14)
3. Jack Grealish (14)
3. Harry Kane (14)
3. Son Heung-Min (14)

Trent Alexander-Arnold merupakan pemain pertahanan paling banyak mencipta peluang (77) dan peluang besar (14) di Premier League bagi musim 2020/21.

Sebanyak tujuh Assist telah berjaya dihasilkan oleh Trent Alexander-Arnold musim ini.

Trent Alexander-Arnold telah menjadi pemain paling banyak membuat hantaran ke dalam kotak penalti dalam lima liga teratas Eropah bagi musim 2020/21 bukan Premier League je.

Lima liga teratas Eropah adalah Premier League (England), La Liga (Sepanyol), Serie A (Itali), Bundesliga (Jerman) dan Ligue 1 (Perancis).

Video dibawah pula membandingkan statistik keseluruhan antara Trent Alexander-Arnold v Reece James v Aaron Wan-Bissaka di Premier League musim ini dan tercirit statistik James.

BACA:ย  Jawapan Lucu Arnold Ketika Disuruh Pilih Messi Atau Ronaldo