Tugay Dianggap Pemain Terhebat Walau Beliau Sangat Kuat Merokok

Tugay kebiasaannya dianggap cerobong asap kerana beliau begitu kuat merokok ketika karier lapan tahunnya bersama Blackburn.

Menurut pendedahan dari bekas rakan sepasukannya, Tugay juga kebiasaannya menyalakan rokok ketika rehat separuh masa.

Bekas pemain kebangsaan Turki yang pernah membuat 233 penampilan bersama Rovers sejak 2001 hingga 2009 itu, akan selamanya dikenang sebagai pemain kesayangan peminat di Ewood Park.

Tidak kira kerana aksi hebatnya di atas padang mahupun sikap ramahnya di luar padang, Tugay sememangnya antara pemain paling disayangi oleh para penyokong Blackburn.

Menurut Matt Jansen, Taguy menunjukkan yang permainan bola sepak sebenarnya sangat mudah apa lagi selepas melihat bagaimana beliau setidak-tidaknya menghabiskan 20 batang rokok sehari.

Dalam satu temu bual bersama Athletic, yang mana beliau telah diminta untuk senaraikan bekas rakan sepasukan atau pemain pasukan lawan yang paling hebat sepanjang 19 tahun kariernya.

Jansen pada ketika itu percaya yang Tugay sebenarnya antara pemain paling hebat dan bijak pernah beliau lihat sepanjang kariernya pada ketika itu.

“Dia tidak mempunyai kelajuan atau apa saja dan dia juga tidak mempunyai stamina yang cukup. Dia jarang bercakap dalam bahasa Inggeris.”

Jelas Jansen kepada The Athletic.

“Dia merokok seperti cerobong asap, setidak-tidaknya 20 batang sehari. Tapi dia sememangnya pemain yang menakjubkan.”

“Saya boleh katakan yang dia sukar untuk berlari. Tapi dia seorang yang sangat bijak membaca permainan yang mana dia sangat terdesak untuk melakukan hal itu. Ketika perlawanan itu berjalan dalam rentak permainan dia, kebiasaannya di atas padang yang baik, dia tentu akan mendominasi permainan sepenuhnya.”

“Dia ada vision yang sungguh menakjubkan, memang terbaik dari semua pemain yang pernah bermain dengan saya. Sungguh luar biasa.”

“Dia adalah contoh kalau mahu lihat bagaimana pemain pada ketika mereka hanya jalani kehidupan sebagaimana mereka mahukan. Tak ada guna kalau suruh Tugay berhenti merokok.”

“Dia akan dapatkan tembakau dulu sebelum memulakan perlawanan. Kemudian dia akan beraksi dengan sangat cemerlang selama 45 minit. Lepas itu dia akan merokok lagi ketika rehat separuh masa.”

“Saya masih ingat Graeme Souness melihat sekeliling bilik persalinan pada rehat separuh masa, dan dia kata, ‘ mana Tugay?’ kami semua lihat ke arah tandas dan jelas kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari sana.”

“Ia tidak akan berlaku pada semua pemain, tapi ia memang berlaku pada Tugay.”

Aaron Mokoena yang bermain bersama Tugay di Ewood Park pada tahun 2005 hingga 2009 turut percaya yang legenda Turki itu sangat bagus walaupun menjalani kehidupannya dengan cara yang tidak sihat.

“Tugay merupakan salah seorang pemain terhebat.”

Jelas Mokoena kepada Talkin Fitbaw Podcast.

“Dia boleh jadikan sesuatu hal itu jadi kenyataan. Jujurnya, saya tak pernah lihat seseorang yang hebat dan bijak seperti dia tapi merokok.”

“Semua orang tahu yang Tugay akan habiskan sekurang-kurangnya 20 batang rokok sehari, tapi ketika perlawanan, dia lebih bagus dari pemain yang jalani kehidupan dengan gaya hidup sihat.”

“Saya tak katakan merokok tu bagus, tapi dia memang sangat profesional. Dia tahu permainan, dia faham tempo semua perlawanan.”

“Bersama Blackburn, dia merupakan nadi untuk pasukan, dia menggerakkan semua orang untuk bermain dan semua orang sayang dia.”

Michael Gray juga merupakan bekas rakan sepasukan Tugay, turut menganggap bekas pemain Blackburn itu seorang midfield yang sangat berbakat.

Dalam satu temu bual bersama SPORTbible tahun lalu, beliau mengimbau kenangan ketika Tugay menghilangkan diri pada rehat separuh masa aksi bertemu Tottenham Hotspur.

Beliau pada ketika itu menghilangkan diri kerana pergi merokok dengan petugas-petugas stadium.

pengurus Blackburn, Mark Hughes sendiri tidak begitu ambil kisah tentang perangai dan kelakuan Tugay.

“Dia merupakan pemain terbaik pernah saya ada dan lawan terhebat pernah saya hadapi, berkemungkinan dia ada dalam kedudukan tiga teratas senarai saya.”

Jelas Hughes.

“Saya nilai dia sangat tinggi. Dia ada karakter tersendiri, dia akan pergi merokok waktu rehat, dia seorang yang sangat hebat.”

Sumber: SPORTbible

Baca Juga

Baca Juga