Tugu Maradona Di India Menyerupai Wajah Susan Boyle

Lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona disambut dengan meriah dan gilang-gemilang sewaktu ketibaanya di Kalkota, India untuk lawatan kebajikannya.

Maradona menjadi idola dan kegilaan kepada penduduk bandar Kalkota selepas beliau membuat lawatan pada tahun 2008 apabila beribu orang menyerbu lapangan terbang untuk menyambut beliau.

Maradona menjadi pujaan.

Ketibaan Maradona kali ini disambut penuh meriah dengan dihadiahkan tugu peringatan setinggi 12 kaki yang memaparkan Maradona memegang trofi Piala Dunia yang dimenangi pada tahun 1986.

Tetapi hasil seni itu membuatkan ramai menangis kerana ketawa selepas mereka menyamakan tugu tersebut seiras wajah Susan Boyle yang menjadi popular seluruh dunia selepas menyertai Britain’s Got Talent pada 2009.

Tugu abang ke tu?

Sesetengah media juga menyamakan tugu tersebut menyerupai Mrs Brown dan Roy Hodgson ketika zaman muda remaja.

Tugu ini juga mengingatkan kembali kepada tugu Cristiano Ronaldo yang sangat kelakar kerana terlalu berseni.

Baca Juga

Baca Juga