Tugu Mohamed Salah Yang Halus Seni Pembuatannya Diperkenalkan Di Mesir

Mohamed Salah dilahirkan di Basyoun pada 15 Jun 1992. Selepas 17 tahun lahir ke dunia yang fana yang penuh dengan pancaroba ini, Salah telah melakukan debut sebagai kesebelasan utama untuk pasukan Arab Contractors.

Pemain berusia 26 tahun itu memulakan kariernya di Eropah dengan menyertai kelab Switzerland, Basel pada tahun 2012. Tidak lama kemudian, prestasi cemerlang beliau dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah telah menarik perhatian Chelsea yang membelinya pada tahun 2014.

Walau bagaimanapun, langit tidak selalunya cerah buat Salah. Beliau bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya di Stamford Bridge dan gagal untuk menembusi kesebelasan utama Chelsea.

Pengurus Chelsea ketika itu, Jose Mourinho menghantar Salah ke Itali untuk menimba pengalaman bersama Fiorentina dan AS Roma. Pada Ogos 2016, Roma mengambil keputusan untuk mendapatkan Salah secara tetap dan beliau membalas kepercayaan Roma dengan membantu kelab tersebut menduduki tangga ke-2 Serie A pada musim tersebut.

Akhirnya, impian Salah untuk menyarung jersi The Reds tercapai selepas Liverpool membayar €42 juta kepada Roma untuk mendapatkan khidmat pemain itu awal musim lalu.

Sejak menyertai Liverpool, Salah menunjukkan potensi sebenarnya sehingga diangkat menjadi antara pemain terbaik dunia ketika ini disamping memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA musim lalu.

Musim pertamanya bersama Liverpool sangat cemerlang sehingga membawa Liverpool ke final Champions league, mencipta rekod baru dengan menjaringkan 32 di Premier League untuk kasut emas. Salah juga turut dicalonkan untuk anugerah pemain terbaik tahunan FIFA World Player dan Ballon d’Or.

Salah juga cemerlang bersama Mesir, dua jaringan daripada Mohamed Salah telah membawa Mesir ke Piala Dunia Russia 2018. Ini merupakan kali pertama Mesir layak ke Piala Dunia sejak tahun 1990.

Kecemerlangannya bersama Liverpool dan Mesir telah mendapat penghargaan dari tanah airnya sendiri dan Salah merupakan kebanggan negara Mesir lalu satu tugu peringatan khas telah dibuat dan diperkenalkan.

Mesir merupakan sebuah negara yang terkenal dengan binaan seni Piramid dan binaan mistik seperti Sphinx. Maka tugu Salah sangat senang untuk di buat. Halus seni pembuatannya itu sangat mengujakan dan mengagumkan.

Tugu ini dibuat berdasarkan gaya keraian gol Salah yang popular dan telah menjadi cap dagangnya dengan tersenyum mendepakan tangan sambil kepala sedikit mendongak mengadap langit.

Seorang pengukir dari Mesir bernama Mia Abdel Allah telah diberikan tanggungjawab menyempurnakan tugu ini dan telah diperkenalkan di World Youth Forum di Mesir.

Mia Abdel Allah menjelaskan bahawa Salah merupakan simbol kecemerlangan hidup di kalangan remaja Mesir dan memilih gaya keraian gol Salah dengan mendepakan tangan kerana ia sangat popular.

“Apabila saya mula membuat tugu ini, saya tidak fikir ia adalah untuk forum remaja atau untuk pameran itu. Saya mulakan di laman Facebook dan saya menerangkan langkah demi langkah untuk berkongsi kepada mereka yang mempunyai bakat dan bekeinginan belajar membuat arca”

“Perkara paling penting adalah tugu ini siap dan anda boleh melihatnya. Saya tidak marah dan saya tidak berasa sesal kerana saya telah buat apa yang boleh dilakukan dan komen-komen negatif tidak akan mengecewakan saya”

“Saya berharap agar orang akan belajar seni mengkritik dengan sopan dan dengan penuh hormat, kerana sesetengah perkara mungkin tidak kritikal. Saya bersyukur kepada Tuhan dan saya mampu menanggung kritikan”

Pengukir ini juga telah bersedia untuk menerima bawangan dari atas talian kerana projek ini hanya dimulakan dari laman Facebook dan diangkat ke Forum Remaja.

Tugu ini merupakan satu kejutan besar buat dunia bola sepak dan dibandingkan dengan tugu Cristiano Ronaldo yang diukir oelh Emanuel Santos yang langsung sangat kelakar dan jauh panggang dari api.

Ada setengah berpendapat patung Salah ini lebih teruk dan kelakar dari Ronaldo. Bagaiman pula tugu Salah jika dibandingkan dengan tugu Maradono di India yang menyerupai Susan Boyle, Nrs Brown dan Roy Hodgson ketika zaman muda remaja.

Lalu tugu Salah yang kelakar ini menjadi bahan jenaka.

Baca Juga

Baca Juga