Tujuh Kritikan Pedas Jose Mourinho Kepada Pemainnya

Jose Mourinho telah mengkritik pemain midfield beliau Tanguy Ndombele secara terbuka berikutan keputusan seri 1-1 Tottenham menentang Burnley dalam saingan premier league yang lalu.

Ndombele,menyertai Spurs dengan rekod pembelian tertinggi kelab £53.8 juta dari Lyon pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Beliau bermain pada babak pertama perlawanan sebelum dikeluarkan oleh Mourinho pada babak kedua dengan digantikan oleh Giovani Lo Celso.

“Pada babak pertama kami tidak mempunyai pemain midfield.”

kata Mourinho, kepada BBC Sport.

“Sudah tentu saya tidak bercakap tentang Oliver Skipp kerana dia hanya seorang anak berusia 19 tahun yang baru bermain dua jam saja dalam beberapa hari terakhir ini. Saya tidak mengkritiknya sama sekali.”

“Tetapi saya tidak akan lari dari mengatakan bahawa dia [Ndombele] sepatutnya mempunyai cukup masa untuk beraksi di tahap yang berbeza.

“Saya tahu Liga Perdana adalah sukar, dan beberapa pemain mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan liga yang berbeza.

“Tetapi pemain yang sama seperti dia(Ndombele) telah memberi kami aksi yang jauh lebih baik. Terutama ketika kamu melihat aksi Lucas,Lo Celso dan pemain lain yang beraksi. Saya mengharapkan yang lebih dari beliau ketika babak pertama perlawanan.”

Ndombele bukanlah pemain pertama yang dikritik oleh Mourinho ketika menjadi pengurus sesebuah pasukan itu.

Tambahan pula, pengurus berusia 57 tahun itu tidak pernah takut dan segan untuk mengkritik pemainnya sendiri secara terbuka.

Joe Cole | Chelsea | October 2004

“Apabila dia menjaringkan gol, bermaksud perlawanan sudah tamat bagi dirinya. Selepas dari itu dari sebelas pemain yang sepatutnya saya miliki dalam padang hanya tinggal 10.”

Ricardo Carvalho | Chelsea | August 2005

“Ricardo Carvalho kelihatan seperti mempunyai masalah untuk memahami sesuatu perkara. Beliau sepatutnya menjalani ujian IQ. Jika tidak beliau boleh pergi hospital mental atau apa-apa sahaja yang berkaitan.”

Pepe | Real Madrid | May 2013

“Pepe mempunyai masalah dan masalahnya adalah Raphael Varane.”

“Itulah kesimpulannya, bukan sesuatu yang mudah untuk seorang pemain yang sudah berusia 31 tahun dengan pengalaman yang luas diketepikan oleh seorang anak kecil berusia 19 tahun. Ia sangat mudah. Masalahnya sangat mudah, kehidupan Pepe telah berubah.”

Eden Hazard | Chelsea | May 2014

“Jika sesuatu komen itu keluar dari seorang pemain seperti Eden itu biasa, kerana beliau bukanlah jenis seorang pemain yang sanggup berkorban untuk pasukan. Kebiasaanya kamu akan mendapat komen seperti ini dari pemain seperti dia. Pemain yang tidak boleh menyelesaikan masalah.”

“Eden adalah jenis pemain tidak bersedia dari segi mentaliti untuk membantu pemain lain dibawah ketika dia sudah naik ke atas, dia selalu melepaskan diri sendiri saja.”

Luke Shaw | Manchester United | April 2017

“Saya rasa Shaw mempunyai banyak potensi. Tetapi masalah pemikiran dari sudut bola sepak dan kematangan dalam bola sepak tidak ada bersama pemain ini.”

“Saya rasa generasi sebelum ini lebih sukar untuk menjadi seorang pemain bintang, sukar untuk menjadi kaya, sukar untuk hidup mewah selepas bersara, pemain yang ada sekarang sedang menikmati segala kemewahan.”

“Shaw patut mengubah sudut pemikiran bola sepaknya, saya sudah memberitahu beliau, Shaw mempamerkan aksi menarik pada babak kedua perlawanan tadi kerana terkesan dengan Kata-kata saya. Jika dia bermain untuk pasukan lain sudah tentu dia tidak akan kemana-mana kerana tiada saya yang memikirkan masa depannya.”

Luke Shaw, Marcus Rashford, Anthony Martial dan Jesse Lingard | Manchester United | November 2018

“Apabila kita berbicara tentang Luke Shaw, Martial Lingard dan Rashford, kita sedang mengatakan tentang budak-budak yang mempunyai bakat hebat tetapi…. sukar untuk saya katakan “itu” tetapi kamu semua sangat sukakannya. Mereka sedikit kekurangan dari segi itu.”

Begitulah beraninya seorang Mourinho mengkritik pemainnya secara terbuka.

BACA:  Pembantu Jose Mourinho Bakal Tinggalkan Manchester United Selepas 17 Tahun Bersama