Tular Video Jurus Kotor Harry Kane Yang Berbahaya Kepada Lawan

Telah tular satu video yang memaparkan aksi pemain penyerang sensasi England, Harry Kane melancarkan satu jurus, helah atau taktik kotor yang selalu diamalkan dalam perlawanan yang mengundang bahawa kepada lawan.

Bahaya yang wujud daripada tindakan Harry Kane ke atas pemain lawan boleh membawa kepada kecederaan parah yang melibatkan bahagian belakang badan dan leher.

Senang cerita kecederaan begini juka tak kena gaya boleh membawa maut.

Tidak dapat dinafikan oleh sesiapa buat masa sekarang bahawa Harry Kane dan gandingan beliau dari Korea Selatan, Son Heung Min sangat berbisa dan tiada ubat.

Lihat sahaja gandingan mereka berdua telah membuatkan penyokong Arsenal memaki pasukan sendiri dalam perlawanan yang menyaksikan maruah menjadi taruhan iaitu North London Derby.

Dalam perlawanan ini Harry Kane telah menjamu Gabriel dengan jurus seni gelapnya yang berisiko tinggi yang menyaksikan Gabriel jatuh ke tanah tanpa ada ruang untuk mendarat dengan selamat.

Helah Harry Kane ini selalu dilepaskan ketika perebutan bola tinggi di mana Harry Kane tidak akan melompat untuk mencabar bola diudara dan akan kekal di tanah.

Kane akan menghampiri lawan membongkokkan sedikit badan beliau selepas melihat pemain lawan melompat untuk merebut bola di udara.

Ketika pemain lawan mahu mendarat Kane akan terus merapati dengan bahagian belakang badan tidak memberi ruang kepada lawan untuk mendarat dengan selamat.

Hasilnya pemain lawan akan mengalami jatuhan bebas tanpa kawalan yang boleh mendatangkan risiko kecederaan yang teruk dan kesakitan sudah pasti.

Lebih sedap ketika jatuh, Kane akan jatuh bersama-sama lawan dan cuba meyakingkan pengadil bahawa beliau telah dikasari serta cuba mendapatkan sepakan percuma.

Dark art of football ini bukanlah kali pertama dijamu oleh Harry Kane kepada pemain lawan dan sudah ada video kompilasi.

Kerisauan yang nyata dari tindakan Harry Kane ini adalah jika ada pemain yang mengalami patah leher atau kecederaan teruk di bahagian tulang belakang.

Ada berpendapat apa yang dilakukan oleh Harry Kane ini sama bahayanya seperti terjahan dua kaki dan patut dilayangkan kad merah.

Aksi sebegini bahaya telah diharamkan dalam sukan ragbi.

Selain ragbi seni hitam ini juga telah diharamkan dalam sukan bola keranjang seperti NBA atas alasan yang sama iaitu berbahaya dan berisiko tinggi.

Jika gerakan ini dilakukan dalam perlawanan NBA denda sudah pasti menanti tanpa dakwa-dakwi lagi tambahan pula untuk permainan yang laju seperti bola keranjang.

Ko bayang la dengan kelajuan pemain bola keranjang kena jurus ni, impaknya pasti lagi teruk kerana tiada ruang untuk mendarat.

Perkara ini sepatutnya dipandang serius oleh FA dan menghalang tindakan yang berisiko tinggi ini hanya untuk mendapatkan foul buat pemain lawan.

Bukan Kane sahaja melakukan jurus ini namun Kane bolehlah dianggap sebagai sifu dan berjaya mendapatkan imbuhan daripada tindakannya ini.

Tak penalti, sepakan percuma pun okay dah kan?

BACA:  Lebih Baik Bayar £40 Juta Untuk Abraham Berbanding £150 Juta Untuk Kane