Tunjuk Belang : Lagu Tema Sukan SEA 2017

Pernahkah anda membayangkan diri anda sebagai ahli atlet? Pernahkah anda mendengar runut muzik filem Rocky?

“Rising up, back on the street

Did my time, took my chances

Went the distance, now I’m back on my feet

Just a man and his will to survive”

Rasa teruja bukan? Penulis sendiri berasa teruja bila lagu ‘Eye of the tiger ‘dimainkan. Seolah-olah kita sendiri akan bersemangat untuk bertinju. Lagu ‘Standing in the Eyes of the world’ memang menggamit memori lalu semangat patritotik itu datang secara tiba-tiba.

Beberapa perkara dalam kehidupan sekiranya kita berjaya gabungkan akan mencipta semangat dan nostalgia. Ini lah  hasil dari dua perkara yang berbeza seperti sukan dan muzik. Kita gabungkan dua perkara itu dan dapatkan sesuatu yang yang cukup bersemangat.

Seolah-olah kita sendiri akan bermain sukan tersebut.Sehingga hari ini. Muzik tema bagi acara sukan adalah penting. Tujuan muzik adalah untuk mewujudkan mood untuk bersukan dan sebagai isyarat bahawa pertunjukan tertentu akan bermula.

Lagu ciptaan Loque dengan lirik nukilan Loque dan Malique ini menampilkan paduan suara Monoloque, Azlan Typewriter dan Malique. Lagu dengan rentak moden yang dialun bersama elemen zapin ini turut diiringi oleh anggota Orkes Gelombang Biru.

Orkes Gelombang Biru ini sebuah band pancaragam lama, memang terkenal dengan lagu-lagu patriotik. Lagu “ Salam Kasih di Hari Raya’  antara lagu hits kumpulan pancaragam ini.

Jadi apa yang menariknya muzik tema Sukan SEA kali ini. Memulakan muzik dengan dengan alunan gong dan adunan muzik melayu tradisonal. Bunyi muzik Butterfingers jelas kalau anda biasa dengar lagu ‘tentang-tentang’, ia agak hampir sama kedengaran .

Memang kena dengan jiwa dan budaya Malaysia bila elemen tradisional dimainkan dengan bit muzik alternative.

Monoloque membuka lagu dengan lirik ;

‘Kita lawan..kita lawan sampai kita penat…’

Disambut vocal tinggi Azlan,

‘Jangan gentar…jangan sesekali menyerah kalah’

‘Kita lawan..kita lawan sampai titisan darah’

‘Bangkit bersama…kita semua juara’.

Lirik garapan Malique siapa berani pertikai. Alunan Rap yang diadun dengan muzik zapin tradisional begitu harmoni. Alunan yang benar-benar mengujakan dan menaikkan semangat. Memang menaikkan semangat atlet untuk ke gelanggang.

Sedap lagu ini bila kalau kita dapat hayati. Tidak dilupakan bunyi muzik dari etnik Sabah Sarawak juga boleh kita dengar dihujung-hujung lagu.  

Saya berpendapat lagu ini akan menjadi hits dan menjadi lagu tema pembukaan sebelum sebarang acara dipertandingkan sewaktu sukan SEA 2017 bulan hadapan.

‘Mereke bersemadi, kita bersemayam’

Semangat Malaysia Boleh!!!!

Ayuh kita main lagu ” TUNJUK BELANG”

Baca Juga

Baca Juga