Edson Arantes do Nascimento atau dikenali juga sebagai Pele merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah bolasepak, beliau juga lagenda yang dinobatkan sebagai pemain bolasepak terbaik sepanjang zaman.
Pele dilahirkan pada 23 Oktober 1940 di Três Corações, Minas Gerais, Brazil, anak kepada pemain Fluminense, Dondinho. Dinamakan Edson sempena nama Thomas Edison dan panggilan manja keluarganya Dico.
Edson Arantes do Nascimento mendapat gelaran Pele semasa di bangku sekolah apabila beliau tersalah semasa menyebut nama penjaga gol Vasco da Gama yang merupakan pemain kesayangannya, Bile.
Pele memulakan karier remaja beliau bersama kelab Bauru Athletic Club dari tahun 1953–1956, kemudian memulakan karier senior bersama Santos dari tahun 1956 hingga 1974 sebelum berpindah ke New York Cosmos pada tahun 1975 sebelum bersara pada 1977.
Pele diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemain yang menjaringkan gol terbanyak dalam karier seorang pemain bolasepak. Pele telah menjaringkan 1279 gol dalam 1363 perlawanan bermula 7 September 1956 sehingga 1 Oktober 1977.
IFFHS juga telah mengiktiraf Pele sebagai penjaring gol terbanyak dalam liga dengan 541 gol. Rekod yang diiktiraf oleh Guinness World Records merupakan rekod rasmi jika dikira gol dalam perlawanan tidak rasmi Pele telah menjaringkan 1283 gol dalam 1366 perlawanan.
Tahun terbaik pele adalah pada 1959 apabila Pele menjaringkan 126 gol dan Milésimo(gol ke-1000) terhasil dari sepakan penalti bersama Santos di Maracanã Stadium, Rio de Janeiro pada 19 November 1960, semasa gol ke-1000 Pele baru membuat 909 penampilan.