Aksi Pemain Dilayangkan Kad Merah Dan Kuning Dalam Sukan Badminton

Kad kuning dan kad merah sudah terlalu biasa kita lihat dalam permainan bola sepak dan kad-kad ini dilayangkan apabila para pemain melakukan perkara yang melanggar undang-undang bola sepak.

Kad ini tidak tertakluk kepada pemain sahaja kadang-kadang para pegawai pasukan atau pengurus juga boleh dilayangkan kad.

Dalam sukan badminton juga ada layangan kad kuning dan kad merah dan seperti bola sepak, kad ini dilayangkan mengikut kesalahan yang dilakukan oleh pemain.

Kad kuning atau kad merah diberikan kepada pemain badminton disebabkan perkara berikut :

  1. Sengaja melambat-lambatkan perlawanan.
  2. Pemain mengeluarkan kata-kata kesat.
  3. Mencabar keputusan Pengadil.
  4. Kelakuan tidak sopan seperti menendang papan iklan, bergaduh dan lain-lain.

Pemain selalu dikenakan kad kuning atau merah kerana sengaja melengah-lengahkan permainan.

Baca Juga

Baca Juga