Dr. Scott Davidson, Ketua Saintis di LuchaLabs telah membuat analisis dan memberi penjelasan kenapa Stone Cold Stunner menjadi satu gerakan penyudah yang padu dalam sejarah gusti.
Gerakan Stone Cold Stunner bermula dengan tendangan ke usus kecil hinggalah kepada aksi Stone Cold minum bir. Ingat saja-saja minum? ada sebabnya.
Tendang Usus Kecil
Tendangan ke usus kecil menyebabkan terkejut dan terkemut lalu menyebabkan lawan tidak mampu untuk berdiri tegak dan badan akan membongkak. Ketika itu Stone Cold merangkul leher.
Teknologi Eksoskeleton
Pelindung lutut Stone Cold merupakan prototaip hasil kajian tentera dan Austin menggunakannya sebagai percubaan sebelum dikomersilkan. Dengan memakai pelindung lutut yang berteknologi itu tendangan Stone Cold 17 kali lebih kuat dari manusia biasa.
Kejutan Elektrik
Selepas kepala dirangkul leher lawan akan dihentak kebawah. Ketika ini 300 000 volt eletrik atau lebih kurang kuasa 6 biji stunt Gun terhasil di otak lawan dan eletrik itu mengalir ke seluruh badan.
Minum Bir
Selepas melakukan Stunner, tenaga Stone Cold hanya tinggal 16% sahaja. Dengan meminum Bir, tenaga Stone Cold akan kembali pulih.
Kesimpulan
Nampaknya arena gusti telah dibawa ke satu tahap ‘Kayfabe’ yang baru. Tengok boleh percaya jangan.