Axiata Arena Nama Baru Stadium Putra Bukit Jalil

Kumpulan Axiata Berhad menjadi syarikat korporat pertama menjalin kerjasama dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi membangunkan semula Stadium Putra, Bukit Jalil yang kini secara rasminya dikenali sebagai Axiata Arena.

Stadium itu akan menjadi arena terbaik bagi acara sukan, hiburan dan kebudayaan bertaraf dunia seperti Staples Center di Los Angeles, O2 Arena di London dan Mercedes Benz Arena di Shanghai.

Perjanjian 10 tahun dengan peruntukan bernilai RM55 juta itu memberi Axiata penajaan eksklusif terhadap kerjasama pembangunan semula dan pemodenan stadium negara.

Axiata Arena bakal menjadi mercu tanda pembangunan semula Kompleks Sukan Bukit Jalil yang akan dikenali sebagai Kuala Lumpur Sports City (KL Sports City) bermula Julai 2017.

Baca Juga

Baca Juga