Atletico Madrid bangkit mengikat selepas ketinggalan dua gol kosong, namun PSG berjaya meraih gol kemenangan pada minit akhir perlawanan.
Pada 15 minit pertama Atletico Madrid banyak membazirkan peluang terhidang dan Christopher Nkunku meletakkan PSG dihadapan pada minit ke-32.
Atletico Madrid terus tumpul hingga tamat separuh masa pertama. Bersambung separuh masa kedua Moussa Diaby menggandakan kedudukan pada minit ke-72.
Namun Atletico Madrid bangkit mengikat hasil jaringan Victor Mollejo dan gol sendiri Antoine Bernede.
Ketika perlawanan dilihat berakhir dengan keputusan seri Virgiliu Postolachi menjaringkan gol kemenangan PSG.
Paris Saint-Germain: Trapp, Kurzawa (Weah, 46), Dagba (Zagre, 46), Rimane (Georgen, 46, Postolachi, 51), Nsoki (Mbe Soh, 46, Bahebeck, 60), Verratti (Bernede, 46), Di Maria (Fressange, 46), Lo Celso (Adli, 46), Diarra (Sissako, 46), Rabiot (Toufiqui, 46) Nkunku (Diaby, 46)
Atletico Madrid: Adan, Juanfran (C Munoz, 64), Toni Moya, Montero, Olabe, Thomas (J Munoz, 46), Rodri (Mollejo, 64), Mikel, Correa (Pinchi, 64), Vietto (Garces, 64), Gameiro (Solano, 64)