Sergio Ramos sememangnya terkenal sebagai seorang pemain pertahanan yang ganas serta menakutkan yang kadangkala melakukan kerja ‘kotor’.
Kad samada kuning dan merah sudah sinonim dengan Ramos. Namun kekasarannya ke atas Mohammed Salah menjadi kemarahan ramai terutama peminat Liverpool.
0 – The referee didn't award a single foul against Sergio Ramos in the first half tonight. Judo. #UCLfinal #RMALFC pic.twitter.com/lSgZWEqhUe
— OptaJean (@OptaJean) May 26, 2018
Salah merupakan pemain tonggak dan juga tongkat kepada Liverpool musim lalu. Entah sengaja atau tidak tindakan Ramos ini nyata telah membunuh semangat pemain Liverpool.
Akhirnya Salah mengalami kecederaan bahu dan khabar angin menyatakan Salah juga bakal terlepas Piala Dunia bersama Mesir.
Namun setakat ini tiada lagi laporan rasmi dari Liverpool yang menceritakam tahap kecederaan di alami Salah.
Judo Union Menyifatkan ‘Arm-Lock’ Ramos Sebagai Bahaya Dan Diharamkan Dalam Judo
Semua orang berbicara mengenai ‘Arm-Lock’ atau Kuncian Siku Sergio Ramos ke atas Mohamed Salah dan majoriti mengecam Ramos walaupun ada yang menyokong.
Salah pemain yang tiba bagaikan pelangi tak bercahaya namun Salah berseri tapi cukup menghiburkan hati ini menjadi kesayangan ramai samada penyokong Liverpool atau tidak.
A petition urging UEFA and FIFA to punish Sergio Ramos for an injury suffered by Mohamed Salah has reached 400,000 signatures. https://t.co/lqSmHhx8qv pic.twitter.com/sDa93kwWDG
— ESPN FC (@ESPNFC) May 29, 2018
Ramai malam penuh kesedihan bagi Salah selepas tersalah bahu dikunci dan dilempar Ramos. Kemungkinan terlepas Piala Dunia 2018 di Russia menambah kebencian terhadap Ramos.
Di Mesir seorang peguam bernama Wahba telah mengambil tindakan mahkamah dengan menyaman Ramos sebanyak RM4.6 bilion dan akan mendermakan wang itu ke pusat kebajikan jika berjaya.
Saman ini berdasarkan sengaja menyebabkan ‘kecederaan fizikal dan psikologi’ terhadap sebuah negara dan pemain bolasepak paling bernilai dimiliki negara tersebut.
“Ramos sengaja mencederakan Mo Salah dan sepatutnya dihukum atas tindakan beliau. Saya telah melancarkan saman dan membuat aduan kepada FIFA.”
“Saya akan meminta pampasan atas apa yang telah berlaku, mungkin melebihi €1 bilion kerana melakukan kecederaan dari segi fizikal dan kesan psikologi terhadap Salah dan juga seluruh rakyat Egypt.”
https://twitter.com/AnfieldHQ/status/1001090081510260736
Semua pihak berbicara mengenai kekasaran Ramos ada yang membuat petisyen dan yang terbaru European Judo Union(EJU)juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh European Judo Union melalui laman Twitter rasmi mereka, EJU menyifatkan gerakan Ramos sebagai berbahaya dan jurus yang diharamkan dalam sukan Judo.
The European Judo Union has criticised Sergio Ramos's tackle on Mohamed Salah in the Champions League final, insisting that such a takedown would not be allowed in their sport. ?https://t.co/XFhNYC94Zk pic.twitter.com/w24B4hCwKp
— Goal (@goal) May 29, 2018
“Waki-gatame merupakan satu teknik yang bahaya. Oleh sebab itu teknik ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai penyambung kepada jurus ne-waza”
EJU juga menimbulkan persoalan dengan meminta pandangan mengenai insiden ini.
“Apa korang fikir mengenai kekasaran yang berlaku pada petang #UCLFinal antara #RMALIV?”
Waki-gatame is a dangerous technique. That's why it is not allowed in Judo to use for transition to ne-waza. What do you think about this foul yesterday evening in the #UCLFinal between #RMALIV? pic.twitter.com/mHmADyG7LB
— European Judo Union (@europeanjudo) May 27, 2018
Don’t be trying that in Judo, guys.
Following the shoulder injury, his World Cup participation is in serious doubt.
Though while the Egyptian FA are positive about his fitness, it appears Liverpool’s physio isn’t as hopeful.
Kerana kejadian ini yang menyebabkan kecederaan bahu, kesangsian timbul samada Salah dapat beraksi atau tidak di Piala Dunia.
FA Mesir mengambil sikap positif dan percaya akan kecergasan Salah. Namun kenyataan dari Fisio Liverpool tidak menampakkan sinar.
Ruben Pons, fisioterapi Liverpool menjangkakan Salah memerlukan tempoh masa ‘tiga hingga 4 minggu’ sebelum boleh kembali beraksi tanpa rasa melekit.
https://twitter.com/lucasammr/status/1001204792281182209
Jika tempoh ini diperlukan Salah maka Salah akan terlepas semua perlawanan di peringkat kumpulan dan alan mula beraksi di pusingan kalah mati.
Itu pun jika Mesir dapat memastikan mereka layak ke pusingan kalah mati. Mesir diundi berada dalam kumpulan A bersama Russia, Uruguay dan Arab Saudi.