Kelayakan Piala Dunia 2022 Pusingan 1 (2nd Leg): Timor Leste 1-5 Malaysia (Agg. 2-12)

Harimau Malaya terus beraya dalam perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 Pusingan 1 apabila sekali lagi membelasah Timor Leste 5-1 untuk menang dengan agregat 12-2.

Tan Cheng Hoe merehatkan beberapa pemain utama namun tiada masalah buat Malaysia untuk terus berpesta.

Selepas 17 minit berlangsung Shahrel Fikri Md Fauzi meletakkan Malaysia dua gol didepan dimana dua gol itu terhasil dalam tempoh 6 minit.

Mohamadou Sumareh menjaringkan gol ketiga ketika perlawanan separuh masa pertama berbaki kurang 10 minit melalui rembatan padu.

Bersambung 5 minit babak kedua Akhyar Rashid mencetak nama sebagai penjaring dengan gol ke-4.

Shahrel Fikri melepaskan peluang mencetak hatrik melalui sepakan penalti namun selepas itu menebus kembali dengan gol gerakan solo.

Gol saguhati Timor Leste dijaringkan oleh Rufino Gama.

Walaupun tidak sepadu perlawanan pertama tetapi pesta gol masih berlaku. 12 gol dalam 2 perlawanan.

FT TIMOR-LESTE 1-5 MALAYSIA
Shahrel Fikri Md Fauzi 11′ 17′ 64′
Mohamadou Sumareh 37′
Akhyar Rashid 55′
Rufino Gama 72′

Starting XI

TIMOR-LESTE vs MALAYSIA
National Stadium, Bukit Jalil, 8.45 pm

TIMOR-LESTE: 1. Aderito Fernandes (GK), 4. Candido Oliveira, 5. Joao Panji, 7. Rufino Gama, 10. Joao Pedro (C), 13. Gumario Moreira, 16. Danilson Araujo, 18. Filomeno Junior, 21. Frangcyatma Alves, 22. Nelson Sarmento Viegas, 23. Osvaldo Belo.

Subs: 2. Duarte Tilman, 3. Gaspar da Silva, 6. Adelino Trindade, 8. Mouzinho Lima, 9. Edit Savio, 11. Gelvanio Angelo, 12. Fernando da Costa (GK), 14. Elias Joao Mesquita, 15. Armindo de Almeida, 17. Jorge Sabas Victor, 19. Paulo Domingos Freitas, 20. Natalino Nunes Soares (GK).

MALAYSIA: 23. Ifwat Akmal Chek Kassim (GK); 2. Matthew Davies, 3. Shahrul Saad (C), 5. Adam Nor Azlin, 6. Syazwan Andik Ishak; 12. Akram Mahinan, 8. Nor Azam Abdul Azih; 13. Mohamadou Sumareh, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 19. Akhyar Rashid; 9. Norshahrul Idlan Talaha.

Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 4. Dominic Tan, 7. La’Vere Corbin-Ong, 11. Safawi Rasid, 14. Syamer Kutty Abba, 15. Kenny Pallraj, 17. Irfan Zakaria, 18. Faiz Nasir, 21. Faisal Abdul Halim, 22. Zarif Irfan Hashimuddin (GK). N/A: 16. Syazwan Zainon, 20. Syafiq Ahmad.

Kelayakan Piala Dunia 2022 Pusingan 1 (1st Leg): Malaysia 7-1 Timor Leste

Perlawanan pembuka tirai Malaysia untuk kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 berlangsung pada 3 syawal iaitu di hari raya yang ketiga.

Namun bagi pemain bola sepak profesional tiada istilah bersedih atau rindukan lemang, ketupat atau dorayaki kerana makanan ini perlu dielakkan oleh seorang atlet.

Dihari raya yang masih lagi segar peminat bola sepak Malaysia dikejutkan dengan kemenangan besar skuad Harimau Malaya dengan kemenangan 7-1 ke atas Timor Leste.

Tujuh gol terhasil daripada 6 penjaring berbeza dan hanya Safawi Rasid menjaringkan 2 gol.

La’Vere Corbin-Ong, Shahrel Fikri Md Fauzi, Norshahrul Idlan Talaha, Faiz Nasir dan Akhyar Rashid masing-masing menjaringkan satu gol.

Gol saguhati Timor Leste dijaringkan oleh, Joao Pedro pada minit ke-52.

Harimau Malaya dan Timor Leste akan sekali lagi akan berentap untuk perlawanan kedua pada 11 Jun 2019, juga di Stadium Nasional Bukit Jalil.

FT Malaysia 7-1 Timor Leste

La’Vere Corbin-Ong 12′
Shahrel Fikri Md Fauzi 23′
Norshahrul Idlan Talaha 43′
Joao Pedro 52′
Safawi Rasid 45′ 59′
Faiz Nasir 78′
Akhyar Rashid 89′

Starting XI

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK)(C); 2. Matthew Davies, 3. Shahrul Saad, 5. Adam Nor Azlin, 7. La’Vere Corbin-Ong; 12. Akram Mahinan, 8. Nor Azam Abdul Azih; 13. Mohamadou Sumareh, 20. Syafiq Ahmad, 11. Safawi Rasid; 9. Norshahrul Idlan Talaha.

Subs: 4. Dominic Tan, 6. Syazwan Andik Ishak, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 14. Syamer Kutty Abba, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Faiz Nasir, 19. Akhyar Rashid, 21. Faisal Abdul Halim, 22. Zarif Irfan Hashimuddin (GK), 23. Ifwat Akmal Chek Kassim (GK).

TIMOR-LESTE: 1. Aderito Fernandes (GK), 3. Gaspar da Silva, 4. Candido Oliveira, 7. Rufino Gama, 8. Mouzinho Lima, 10. Joao Pedro (C), 11. Gelvanio Angelo, 15. Armindo de Almeida, 18. Filomeno Junior, 21. Frangcyatma Alves, 22. Nelson Sarmento Viegas.

Subs: 2. Duarte Tilman, 5. Joao Panji, 6. Adelino Trindade, 9. Edit Savio, 12. Fernando da Costa (GK), 13. Gumario Moreira, 14. Elias Joao Mesquita, 16. Danilson Araujo, 17. Jorge Sabas Victor, 19. Paulo Domingos Freitas, 20. Natalino Nunes Soares (GK), 23. Osvaldo Belo.

Baca Juga

Baca Juga