Kerana Kante Seorang Pemalu Dan Tawadduk N’Zonzi Terpaksa Meminta Rakan Lain Memberi Kante Trofi

N’golo Kante yang baru berusia 27 tahun telah mengemudi bahagian tengah Les Blues bersama Paul Pogba dan gandingan ini telah menunjukkan aksi yang konsisten sejak peringkat kumpulan lagi hingga membawa Perancis menjulang Piala Dunia 2018.

Mereka telah menunjukkan persefahaman yang mantap untuk melindungi bahagian pertahanan dengan baik dan memudahkan Antonio Griezmann dan Kylian Mbappe mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Gandingan Kante dan Pogba menyaksikan Perancis tidak pernah tewas jika kedua-dua pemain ini diturunkan bersama dalam satu perlawanan. Pada perlawanan akhir Kante agak tenggelam dan dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Kante dikeluarkan kerana telah mengutip kad kuning pada separuh masa pertama dan ada berpendapat Kante keletihan teruk kerana bermain 90 dalam semua perlawanan.

Kante dan Kancil.

Dalam tempoh 3 tahun ini, Kante telah memenangi dua gelaran juara Premier League, satu Piala FA dan terbaru juara Piala Dunia. Kini Kante mungkin telah menjadi seorang pemain tengah bertahan terbaik dunia. Power ke Power?

Pemain tengah sedap Chelsea ini terkenal dengan sikap pemalu dan tawadduknya. Semua ini jelas selepas Perancis menjulang Piala Dunia dan semasa semua pemain bergilir bergambar dengan trofi itu, Kante termanggu kesepian.

Mujurlah kerendahan hati dan kemuliaan akhlak Kante itu disedari oleh lalu N’Zonzi meminta pemain Perancis yang lain supaya memberi peluang kepada Kante menjulang Piala keagungan bola sepak itu.

Akhirnya Kante dapat memegang trofi dan disemadikan dalam kamera digital lalu dimuat naik ke atas talian untuk tatapan kau, aku dan dia.

Bedasarkan satu laporan Kante ‘Terlalu malu untuk meminta dan tidak mahu mendesak rakan yang lain’ tatkala semua pemain Perancis bergaya sakan dengan trofi teragung itu. Allahu.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1018710733377474560

Dalam perjalan pulang ke hotel para pemain Perancis telah meraikan Kante dengan menyanyikan lagu dan jelas kelihatan Kante kesipuan dan kemaluan 12 inci disitu.

“N’golo Kanté, he’s short, he’s handsome, he’s the one who stopped Messi, N’golo Kanté!”

Baca Juga

Baca Juga