Kontemporari ini jika berbicara mengenai pemain muda terbaik dunia maka tiada nama lain yang layak jika disebut nama Kylian Mbappe.
Jika Mbappe dilahirkan di Malaysia beliau pasti akan berada dibelakang Akhyar Rashid dan Safawi Rasid, namun nasibnya baik lahir di Perancis.
Jadi tidak hairan dan pelik apabila Mbappe telah muncul pemenang sulung bagi Kopa Trophy yang merupakan anugerah baru bagi pemain berusia 21 tahun dan ke bawah.
Élu par les anciens vainqueurs du Ballon d’Or, @KMbappe est le tout premier vainqueur du #KopaTrophy! #ballondor pic.twitter.com/PgY7yqJtwY
— la chaine L'Équipe (@lachainelequipe) December 3, 2018
Trofi ini dinamakan sempena nama pemenang Ballon d’Or tahun 1958, Raymond Kopa yang telah memenangi 3 Europeans Cup dan juga pemain istimewa Real Madrid pada tahun 50-an.
Mbappe yang bermain untuk Paris Saint-Germain lebih dikenali kerana kepantasan dan kelincahannya di atas padang. Kebolehan luar biasa yang dimiliki pemain berusia 19 tahun itu menyebabkan PSG sanggup membayar £166 juta untuk mendapatkan khidmat Mbappe dari Monaco.
Bukan sahaja hebat di atas padang, tetapi juga seorang yang berhati mulia dan dermawan. Itulah Kylian Mbappe, pemain remaja sensasi yang baru sahaja membantu Perancis merangkul trofi Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah.
??? Congratulations Kylian Mbappé (@KMbappe), the first ever winner of the Kopa Trophy! #kopatrophy #ballondor pic.twitter.com/fI1TCkaEBQ
— France Football (@francefootball) December 3, 2018
Mbappe tiba di Russia selaku pemain harapan Perancis dan aksi beliau sepanjang Piala Dunia 2018 berlangsung nyata tidak mengecewakan. Prestasinya memuncak sebaik sahaja Piala Dunia memasuki peringkat kalah mati.
Siapa boleh lupa persembahan beliau ketika menentang Argentina dimana Mbappe berjaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Argentina dan menjaringkan dua gol. Beliau menamatkan kempen Piala Dunia 2018 dengan 4 gol dari 7 perlawanan dan beliau juga dinamakan sebagai pemain muda terbaik edisi Piala Dunia kali ini.
Kylian Mbappe telah muncul antara pemain termuda dalam sejarah Piala Dunia yang beraksi dan menjaringkan gol di pentas final Piala Dunia di kejohanan Piala Dunia 2018 Russia.
Selepas sekian lama tiada pemain baru berada dalam senarai pemain muda berkasi dan menjaringkan gol di final, Mbappe muncul selepas diberi kepercayaan oleh Didier Deschamp.
Pemain Paling Muda Menjaringkan gol di Final :
1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
3. Peracio – 20 tahun 229 hari (Piala Dunia 1938)
4. Peucelle – 21 tahun 320 hari (Piala Dunia 1930)
5. Amarildo – 21 tahun 323 hari (Piala Dunia 1962)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)
Pemain Paling Muda Beraksi di Final :
1. Pele – 17 tahun 249 hari (Piala Dunia 1958)
2. Bergomi – 18 tahun 201 hari (Piala Dunia 1982)
3. Mbappe – 19 tahun 207 hari (Piala Dunia 2018)
4. Varallo – 20 tahun 175 hari (Piala Dunia 1930)
5. Suarez – 20 tahun 221 hari (Piala Dunia 1930)
6. Fakri Saarani – 21 tahun 323.5 hari (Piala Dunia 1832)
Pemain muda Perancis ini juga mengharungi musim pertama yang gemilang bersama PSG apabila memenangai kejuaraan Treble dengan menjaringkan 21 gol dalam 44 penampilan.
Pencapaian Kylian Mbappe di tahun 2018
1. Juara Ligue 1
2. JuaraCoupe de France
3. Juara Coupe de la Ligue
4. Juara World Cup
5. Pemenang World Cup Best Young Player
6. Pemain FIFPro World XI
7. Pemenang Trophée Kopa
Secara keseluruh Mbappe menjaringkan 32 dan mencipta 13 bantuan gol dalam 56 perlawanan untuk kelab dan negara.