Lee Chong Wei – Rise Of The Legend Filem berdasarkan kisah hidup Datuk Lee Chong Wei dari kecil sehingga besar dan menjadi pemain badminton nombor satu dunia.
Filem ‘Rise of Legend’ arahan Teng Bee itu mengisahkan sepenuhnya mengenai penglibatan awal Chong Wei dalam arena badminton sehingga menjadi jaguh terkemuka dunia.
Lee Chong Wei berharap filem biografi mengenai dirinya akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah untuk peminat sukan badminton di seluruh dunia.
Filem yang dirancang sejak tiga tahun lepas itu melibatkan lebih 2,000 peserta uji bakat untuk melakonkan watak Chong Wei.
Filem yang mengambil masa pengambaran 50 hari itu akan ditayangkan awal tahun depan.
Antara pelakon membintangi filem itu adalah Datuk Rosyam Nor yang memegang watak jurulatih kebangsaan Datuk Misbun Sidek, Ashley Ashley (Datin Wong Mew Choo), pelakon terkenal Singapura, Mark Lee (bapa Chong Wei, Lee Ah Chai) dan Yeo Yann Yann (ibu Chong Wei, Khor Kim Chooi)