Perlawanan yang membariskan pemain lagenda dari dua kelab sensasi dunia, Liverpool dan AC Milan telah berlangsung dengan penuh nostalgia di stadium keramat The Kops, tidak lain tidak bukan Anfield.
Liverpool yang diuruskan oleh Sir Kenny Dalglish membariskan pemain hebat mereka di zaman silam yang dikepalai Steven Gerrard bersama-sama dengan Jamie Carragher, Sami Hyypia, Robbie Fowler, Dirk Kuyt dan Luis Garcia.
Liverpool (3-4-3) Dudek; Carragher, Hyypia, Agger; Johnson, Gerrard, Kvarme, Kennedy; Kuyt, Luis Garcia, Fowler.

Ac Milan pula menurunkan pemain yang mampu membuatkan air liur meleleh seperti Fakri Saarani Italy, Filippo Inzaghi Kaka, Andrea Pirlo, Paolo Maldini, Cafu dan Alessandro Nesta yang dipimpim Encik Carlo Ancelotti.
AC Milan (4-3-3): Dida; Cafu, Costacurta, Serginho, Kaladze; Gattuso, Pirlo, Ambrosini; Kaka, Rui Costa, Inzaghi.

Maldini tersenari tetapi tidak dapat beraksi kerana tidak cukup cergas dan membahayakan kesihatan.
Lagu keramat Liverpool, ‘You never walk alone’ bergema di Anfield sebelum perlawanan.
Perlawanan ini jelas dikuasai oleh pemain lagenda Liverpool yang ternyata lebih cergas berbanding pemain lagenda AC Milan.
Fowler, Gerrard dan Garcia ternyata terlalu laju bagi pemain lagenda AC Milan dan kemasukan Djibril Cisse menambah lagi sengat.
Namun pengalaman yang ada pada pemain AC Milan masih padu dan mampu mengekang serta mengikat Liverpool selepas ketinggalan 2 gol.
Robbie Fowler menggegarkan Anfield dengan memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke-27 sebelum Cisse menggandakan kedudukan.
Andrea Pirlo mengembalikan nostalgia dengan gol hasil sepakan percuma padu selepas Kaka dijatuhkan.
Gol penyamaan Ac Milan hadir melalui sepakan lencong Guiseppe Pancar yang secantik gol Faiz Nasir.
Steven Gerrard muncul wira dengan gol kemenangan pada Lewat permainan.
Video Perlawanan Penuh Legend Match : Liverpool 3-2 AC Milan
Liverpool: Dudek, Johnson, Carragher, Hyypia, Agger, Kennedy, Kvarme, Gerrard, Garcia, Kuyt, Fowler.
Subs: Westerveld, McManaman, McAteer, Aldridge, Traore, Berger, Cisse, Diao, Smicer, Owen.
AC Milan Glorie: Dida, Ambrosini, Cafu, Costacurta, Gattuso, Inzaghi, Kaka, Kaladze, Pirlo, Rui Costa, Serginho.
Subs: Abbiati, Boriello, Carbone, Favalli, Fiori, Digao, Maldini, Oddo, Pancaro, Simic.