Penyerang Napoli, Lorenzo Insigne pernah mendedahkan bahawa beliau hampir berhenti bermain bola sepak selepas ramai menganggap ketinggian tidak sesuai bagi seorang pemain bola.
Kritikan secara berterusan ke atas ketinggiannya nyata mengganggu emosi.
“Mereka selalu berkata aku ada bakat tetapi terlalu pendek, Pada satu tahap aku mahu berhenti bermain bola sepak.
Semua peninjau bakat memberitahu aku benda yang sama dan membuatkan aku terfikir untuk berhenti. Aku kemudian menjalani trial bersama Napoli dan ternyata semuanya indah.”
Insigne merupakan antara pemain yang rendah dalam dunia bola sepak dengan ketinggian 1.63m tetapi itu tidak menghalang beliau untuk memberi impak di Serie A.
Beliau dikenali sebagai pemain yang menggunakan sepenuhnya kelebihan titik gravitinya yang rendah serta kelajuan dengan berkesan dalam perlawnanan.
Dalam perlawanan menentang AC Milan, Insigne telah diiringi oleh dua orang maskot yang tinggi dan bersaiz besar dan hampir tinggi dengan beliau.
Ini bukan kali pertama perkara berlaku kepada Insigne. Dalam perlawanan Argentina menentang Italy perkara sama terjadi.
Adakah ini satu troll keatas beliau?
https://twitter.com/NaplesAndNapoli/status/985638354355216384
Lihat reaksi muka Insigne.
Whoever is in charge of organizing Italy’s mascots is definitely taking the piss out of Insigne ? pic.twitter.com/Bm4TVxBfzL
— Mahith Gamage (@mahithgamage) March 23, 2018
Siapa yang mengatur maskot bagi setiap pemain? Adakah ini satu jenayah terancang?
In yesterday's Torino v Napoli game Insigne (5'3) was paired up with the tallest mascot.
??? pic.twitter.com/qgmZgKhCYN
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 15, 2017
Lorenzo Insigne en mascotte's: het blijft leuk!? #voetbalinside pic.twitter.com/SLDb4nlnL5
— VTBL ⚽ (@vtbl) March 24, 2018
Lorenzo Insigne – The Italian Messi
Insigne juga dianggap sebagai ‘The Next Messi’ kerana bakat dan potensi yang ada. Mempunyai fizikal yang hampir cocok dengan Messi dari segi ketinggian, boleh mengelecek dengan baik dan pantas.
Titik pusat graviti yang rendah memberi ingauan ngeri kepada pemain pertahanan. Bekas rakan sepasukan beliau Goran Pandev memberi gelaran Italian Messi kepada Insigne.
Meningkat naik bersama skuad remaja Napoli sebelum membuat kemunculan bersama Skuad Utama Napoli pada musim 2012/13 ddengan menjaringkan 5 gol dan 7 bantuan gol. Persembahan yang padu dari pemain muda berusia 21 tahun pada ketika itu.
Sehingga kini masih setia bersama Napoli.