MP Jelutong Persoal Gol Safawi, Bila VAR Dan TekonolgI Garisan Gol Akan Diguna?

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer telah membangkikan isu gol sepakan percuma Safawi Rasid ketika menentang Kedah di final Piala Malaysia 2019 dan bertanya bilakah Video Assistant Referee(VAR) dan Teknologi Garisan Gol(GLT) akan diperkenalkan.

Piala Malaysia 2019 menemukan pasukan dari utara, Kedah dan pasukan ulung yang penuh kegemilangan dari Selatan, JDT yang akan berentap untuk menjulang piala.

Kontroversi tercetus lagi apabila sepakan percuma super cantik Safawi Rasid kelihatan bola tidak masuk sepenuhnya namun pengadil mengesahkan jaringan itu.

Gol tersebut merupakan gol kedua buat JDT dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 selepas Leandro Velasquez membuka jaringan buat JDT.

Ada yang menyatakan bola yang terkena tiang lalu melantun-lantun tidak masuk. Gol yang ke-11 buat Safawi di Piala Malaysia.

Pembantu Pengadil yang berada di belakang gol mengesahkan jaringan itu dan beliau merupakan individu yang berada paling dekat dalam situasi itu.

Jika pembantu pengadil sudah mengesahkan jaringan itu dan dipersetujui sendiri pengadil perlawanan maka kau terima jela.

JDT muncul juara Piala Malaysia 2019 apabila menewaskan Kedah dengan 3 jaringan tanpa balas dalam perlawanan yang mudah buat JDT.

Ramai rakyat Malaysia yang mengenali ahli Parlimen Jelutong Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji Rayer yang terkenal dengan soalan yang tidak masuk akal dan kontroversi ang dicetuskan sepanjang beliau di parlimen.

Dalam sidang parlimen 4 November 2019 sesi pagi RSN Rayer telah banugn untuk bertanya tentang isu hangat membabitkan sepakan percuma Safawi Rasid, adakah sudah melepasi garisan gol.

MP Jelutong itu juga bertanya bilakah ideo Assistant Referee(VAR) dan Teknologi Garisan Gol(GLT) akan akan digunakan?

“Walaupun saya Ahli Parlimen Pulau Pinang, tetapi saya lahir di Kedah, jadi saya menyokong Kedah dan saya tertanya-tanya.”

“Gol jaringan kedua dalam.. dalam.. dalam pertandingan baru-baru ini, yang melibatkan pemain Safawi Rasid, gol itu sebenarnya kelihatan tidak masuk.”

“Jadi, cuma ada seorang pengadil di bahagian belakang yang menjaga kerana kita belum lagi memiliki Goal Line Technology(GLT) dan Video Assistant Referee(VAR) yang telah diperkenalkan dalam Liga Perdana Inggeris.”

“Jadi, persoalan saya adalah, bilakah perkara-perkara ini akan diperkenalkan dalam pertandingan-pertandingan bola sepak tanah air kita?”.

Soalan yang ditanya oleh MP Jelutong itu telah dijawab oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong dan mengatakan keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada apa dapat mengubahnuya.

“Saya rasa gol Safawi Rasid tersebut telah pun dimuktamadkan oleh pengadil, jadi tidak ada pertikaian dalam Dewan yang mulia ini.”

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, FAM sebenarnya pernah mencadangkan Video Assistant Referee(VAR) pada tahun 2018 selepas Piala Dunia tetapi terpaksa menangguhkan cadangan tersebut ini kerana ujian kesesuaian berkaitan VAR ini.”

“Jesteru laporan teknikal daripada FAM dan FIFA amat penting sebelum perlawanan liga kita mengguna teknologi tersebut.”

“KBS mencadangkan kepada liga Malaysia menggunakan mekanisme yang terbaik untuk memperkenalkan teknologi seperti VAR BAGI mengelakkan pertikaian yang tidak sepatutnya berlaku dari terus berlaku.”

Baca Juga

Baca Juga