Disebalik kerancakan UEFA Nation League yang menyaksikan Jerman telah tersingkir di peringkat kumpulan, perlawanan persahabatan antara dua negara Amerika Latin, Brazil menentang Uurguay berlangsung dengan sedapnya.
Perlawanan yang berlangsung sengit di Stadium Emirates London itu disajikan dengan aksi panas di mana 8 kad kuning dilayangkan dengan beberapa insiden yang menegangkan perlawanan.
Insiden Edison Cavani menerjah Neymar sehingga melambung tahap sederhana menarik perhatian kerana mereka rakan sepasukan di PSG dan mempunyai sejarah berebut sepakan penalti di kelab musim lalu.
Love the Cavani-Neymar hate-hate relationship. https://t.co/dNAYJaElGF
— M•A•J (@Ultra_Suristic) November 17, 2018
Cavani telah menerjah Neymar dalam satu perebutan bola, lalu Neymar pun melambung dan bergolek pada putaran yang rendah sambil memegang kaki kesakitan.
Terjahan Cavani tampak keras namun tidak kena dan Neymar sempat mengelak dan seperti biasa simulasi hadir dari Neymar yang agak menghiburkan.
Lalu Cavani diberikan kad kuning dan membawa bola untuk diberikan kepada Neymar dan cuba membantu Neymar bangun, namun kesopanan Cavani dibalas tidak dihiraukan Neymar yang bengang dan mungkin merajuk.
Selepas perlawanan Cavani menafikan bahawa wujud permusuhan dan dendam antara beliau dan Neymar serta mempertahankan terjahannya itu.
“Apabila dua pasukan Amerika Selatan bertembung, selalunya perlawanan berlangsung tegang. Tak perlu gambir emas untuk tegang.”
“Aku fikir ini satu perlawanan yang bagus dan dipenghujung perlawanan akan membantah penalti tersebut.”
“Tapi inilah yang terjadi. Sentiasa bagus jika dapat bertemu pasukan yang besar seperti Brazil dan bermain menentang pemain hebat seperti Neymar atau pemain pasukan Brazil yang lain.”