Pemain Kuala Lumpur Hanya Dilayangkan Kad Kuning Kerana Menyiku Dan Bertindak Agresif

Pemain Kuala Lumpur, Firdaus Faudzi yang kelihatan sama seperti Ajak Shiro hanya dilayangkan kad kuning sahaja selepas menyiku ulu hati pemain Melaka United.

Kemudian Ajak Shiro kelihatan sangat agresif sebelum dan selepas dilayangkan kad kuning.

Menurut pengalisis bola sepaj tersohor di media sosial, Axello Mane beliau berpendapat hanya layangan kad kuning tindakan tidak masuk akal :

“Just kad kuning? Tak masuk akal. Kalau pengadil cakap dia tak nampak insiden siku tu, at least dia bagi merah sebab pemain tu ganas sangat kelakuannya bila dapat kad amaran.”

“Harap ada tindakan retrospektif.”

Lihatlah sendiri dan nilai. Apa permandangan anda?

Kejadian ini berlaku dalam perlawanan penuh epik, sebanyak tujuh gol terhasil di Stadium Cheras yang menyaksikan tuan rumah tewas tipis 3-4 kepada pasukan yang meningkat naik Melaka United.

Melaka United menunjukkan peningkatan ketara selepas jendela perpindahan pertengahan musim dibuka. Pembelian yang berbaloi-baloi.

Ketinggalan 0-3 di separuh pertama, Kuala Lumpur mecipta kebangkitan luar biasa mengikat kedudukan pada 3-3 sebelum Melaka United menjaringkan gol kemenangan.

Melaka United selesa mendahului Kuala Lumpur 3-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Yahor Zubovich Syahrul Azwari Ibrahim dan Ifedayo Omoyusi.

Pada separuh masa kedua Kuala Lumpur bangkit mengikat hasil jaringan Paulo Josue dan dua gol dari ayam tamvatan mereka, Guilherme De Paula.

Lima minit selepas berjaya bangkit mengikat kedudukan Ifedayo Omoyusi muncul wira Melaka United dengan gol kemenangan pada minit ke-76.

FT KUALA LUMPUR 3-4 MELAKA

KL – Paulo Josue 43′; Guilherme De Paula 48′, 71′ pen
MU – Yahor Zubovich 6′; Syahrul Azwari Ibrahim 23′; Ifedayo Omoyusi 34′, 76′

Baca Juga

Baca Juga