Pengenalan Jersi Baharu Harimau Malaya

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Nike dengan bangga dan yakin memperkenalkan jersi baharu skuad kebangsaan, Harimau Malaya yang akan mula dipakai di Kejohanan Piala Suzuki AFF 2018 pada aksi pembuka tirai bertemu Kemboja di Phnom Penh, Khamis ini.

Ketua pasukan skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak dan pemain muda harapan, Safawi Rasid tampil dalam video khas sempena pengenalan jersi baharu ini.

Nike telah menaja jersi pasukan Malaysia buat tahun ke-11 berturut-turut bermula tahun 2007 dan jersi baharu ini akan diguna pakai untuk tahun 2018 hingga 2020.

Jersi Baharu Harimau Malaya Home

Menurut Nike, jersi home ini direka bentuk dengan grafik belang harimau seperti yang terdapat di badan Harimau dan jersi baru ini akan disematkan dengan logo baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) .

Warna kuning yang menjadi warna kebangsaan Malaysia digunakan kembali sepenuhnya, di mana sebelum ini mengandungi warna hitam dan bagi tahun 2017/18 warna hitam sepenuhnya digunakan hanya disulami sedikit warna kuning.

Home

Jersi Baharu Harimau Malaya Home

Jersi away Harimau Malaya pula diinspirasikan dari bendera kebangsaan Malaysia, Jalur Gemilang. Jersi ini majoritinya berwarna biru dengan kemasan warna merah di bahagian bahu dan lengan.

Untuk jersi away ini akan dipadankan dengan seluar warna putih dan stokin biru.

Away

Jersi Harimau Malaya Home dan Away dari Tahun 1950 hingga 2018

Jersi pasukan kebangsaan Malaysia hanya mempunyai dua penaja dari tahun 1950 hingga 2018 iaitu Nike dan Adidas.

Adidas – 1950 hingga 2006.
Nike – 2007 hingga kini.

Jersi Home 1950-kini
Jersi Away 1950-kini

Baca Juga

Baca Juga