Penjaga Gol San Marino Tanpa Rasa Bersalah Menangkap Bola Diluar Kotak Penalti

Penjaga gol San Marino, Aldo Simoncini telah melakukan satu aksi pelik lagi aneh dalam sejarah bola sepak apabila dengan tenang dan tanpa rasa bersalah telah menangkap bola di luar kotak penalti.

Kejadian yang kelakar ini berlaku dalam perlawanan kelayakan EURO 2020 ketika San Marino menentang Scotland. Keputusan perlawanan seperti biasa la, San Marino menjadi mangsa belasahan dengan 6-0.

Tindakan Simoncini nyata mencuri perhatian kerana telah menghadiahkan satu sepakan percuma buat lawan.

Ketika kejadian bola datang kepada Simoncini dan tiada pemain Scotland yang berada berhampiran atau membuat tekanan.

Simoncini keluar dari kotak penalti, banyak pilihan untuk Simoncini ketika itu samada mahu mengawal bola, membuat hantaran atau masuk ke kotak penalti dan mengambil bola.

Namun Simoncini memilih untuk terus menangkap bola diluar kotak tanpa rasa bersalah, terlampau fikir diluar kotak ni.

Layan macam dia punya ketum ni atau ini kesan kerana selalu sangat kena belasah.

Baca Juga

Baca Juga