Treble Reunion 1999 : Manchester United Legend 5-0 Bayern Munich Legend

Peminat Manchester United bakal disajikan dengan perlawanan yang membabitkan lagenda kelab yang memenangi kejuaraan treble pada 1999 sempena ulang tahun ke-20 peristiwqa bersejarah itu.

Pasukan yang akan ditentang mereka adalah Bayern Munich yang mereka tewaskan di final Champions League 1999 sekaligus melengkapkan treble mereka.

Tanggal 26 Mei 1999, Manchester United mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan 1-0 pada minit 90 di perlawanan akhir Champions League 1999.

Manchester United bangkit menjaringkan dua gol pada masa kecederaan di mana Kedua-dua gol itu hasil dari sepakan sudut yang diambil Beckham sekaligus mencatatkan kejuaraan Treble.

Mario Basler meletakkan gergasi Jerman itu dihadapan seawal minit ke-6 melalui satu sepakan penjuru leret yang padu.

Perlawanan dan kedudukan itu kekal ketika permainan memasuki masa kecederaan.

Bayern Munich hanya dipisahkan dua minit sahaja lagi untuk mendapakap kejuaraan namum sepakan penjuru Beckham gagal dikeluarkan kemas pemain Bayern.

Bola menemui Ryan Giggs yang pantas merembat namun tidak tepat tetapi bola menemui Teddy Sheringham lalu disempurnakan untuk gol penyamaan.

Seri bermakna permainan akan diheret dan lebih berpanjang, Beckham sekali lagi mengambil sepakan penjuru.

Kali ini bola menemui Sheringham yang menanduk ke gawang, Ole Gunnar Solskjaer menguis bola tandukan itu untuk gol kemenangan Setan Merah sekaligus menjadi perlawanan akhir paling epik.

Selepas 2 dekad sempena ulang tahun ke-20 kejuaraan Treble dan kebangkitan epik di Champions satu perlawanan membabitkan lagenda United dan Bayern diadakan.

Schmeichel, G.Neville, Stam, Johnsen, Irwin, Beckham, Butt, Scholes, Blomqvist, Yorke, Cole, Pilkington, van der Gouw, Berg, Berg, Brown, May, Silvestre, Greening, Poborsky, Saha, Sheringham, Solskjaer
Butt; Witecek, Demichelis, Matthaus (c), Ottl; Ze Roberto, Effenberg, Paulo Sergio, Olic; Makaay, Elber. Dreher, Babbel, Pflugler, Kuffour, Augenthaler, van Buyten, Nerlinger, Sternkopf, Schupp, Fink, Lakies, Jancker,

Perlawanan amal ini berlangsung di Old Trafford ini menyaksikan Sir Alex Ferguson kembali sebagai pengurus.

Mengimbau nostalgia lama melihat lagenda ini kembali beraksi dalam satu perlawanan Schmeichel, G.Neville, Stam, Johnsen, Irwin, Beckham, Butt, Scholes, Blomqvist, Yorke, Cole, Sheringham dan Solskjaer.

Jangan dilupa lagenda Bayern Demichelis, Matthaus, Ottl; Ze Roberto, Effenberg, Paulo Sergio, Olic, Makaay, Elber dan van Buyten.

Ole Gunnar Solskjaer membuktikan beliau masih tajam apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5 hasil rembatan jarak dekat.

Paul Scholes mencuri tumpuan dengan gol chip yang nakal namun dibatalkan kerana offside, satu lagi peluang Scholes berjaya dikeluarkan ketika penjaga sudah tertewas.

Scholes nyata masih Scholes yang dulu apabila membuat terjahan keras secara membabi buta seperti dulu kala.

Dwight Yorke yang liar lain macam dalam perlawanan ini kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-30 dan kedudukan ini kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Jaap Stam juga masih garang kebal dan kental seperti zaman kegemilangannya apabila mempamerkan aksi yang masterclass sepanjang 68 minit di padang.

Pemain pertahanan bermuka ganas dan berkepala botak ini tidak gagal dalam setiap terjahan dan memastikan gawang tidak bolos serta sempat membuat Cruyff Turn.

Berbaki 10 minit permainan Fergie Time menjelma apabila 3 gol dijaringkan dalam tempoh itu melalui Nicky Butt, Louis Saha dan David Beckham.

FT Manchester United Legend 5-0 Bayern Munich Legend
Solskjaer 5, Yorke 30, Butt 79, Saha 85, Beckham 90

Man Utd XI: Schmeichel, G.Neville, Stam, Johnsen, Irwin, Beckham, Butt, Scholes, Blomqvist, Yorke, Cole
Subs: Pilkington, van der Gouw, Berg, Berg, Brown, May, Silvestre, Greening, Poborsky, Saha, Sheringham, Solskjaer

Bayern Munich XI: Butt; Witecek, Demichelis, Matthaus (c), Ottl; Ze Roberto, Effenberg, Paulo Sergio, Olic; Makaay, Elber.
Subs: Dreher, Babbel, Pflugler, Kuffour, Augenthaler, van Buyten, Nerlinger, Sternkopf, Schupp, Fink, Lakies, Jancker,

Baca Juga

Baca Juga