Perancis dan Croatia telah menamakan barisan pemain yang sama bagi perlawanan akhir Piala Dunia 2018 di Moscow, Russia.
Didier Deschamps menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada barisan pemain yang menewaskan Belgium 1-0 separuh akhir.
Manakala Dalic juga mungkin mengambil langkah yang sama dengan mengekalkan kesebelasan utama yang sama ketika separuh akhir walaupun ada isu kecederaan.
4 – Didier Deschamps has taken part in 4 of France's ?? 6 finals in major tournaments in their history (World Cup 1998 & EURO 2000 as a player, EURO 2016 & World Cup 2018 as manager). Napoleon. #FRACRO #WorldCup pic.twitter.com/SZ0USbhDvs
— OptaJean (@OptaJean) July 15, 2018
Pada jumaat Dalic akui satu atau dua pemainnya merasai kesab dari perlawanan separuh akhir menang ke atas England yang merupakan perlawanan ketika mereka bermain 120 minit secara berturutan.
Berita baik apabila Ivan Strinic dan Ante Rebic telah kembali cergas yang bermakna Croatia mempunyai kekuatan penuh dalam perlawanan di Stadium Luzhniki.
Perancis berjaya mara ke final dengan mencatatkan kemenangan dalam tempoh 90 minit sahaja di kesemua perlawanan pusingan kalah mati.
0 – France have never lost a game with N’Golo Kante & Paul Pogba both in the starting XI (18 games: W14 D4 L0). Complementary. (via @OptaJean)#WorldCupFinal #WorldCup #FRA pic.twitter.com/jcP5m61ZEs
— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
Deschamp dijangka akan mengekalkan formasi 4-3-2-1 yang menyaksikan Antoine Griezmann bakal bermain di belakang Olivier Giroud.
Maka perlawanan akhir Piala Dunia 2018 bermula menemukan dua pasukan dari Eropah Perancis dan Croatia.
Sedari awal selepas pengadil meniup wisel menandakan bermulanya perlawanan, Croatia mula menekan dan menyerang untuk mencari gol awal.
Serangan demi serangan tenang saja diserap dan dikeluarkan oleh barisan pertahanan Perancis. Kental sungguh.
Pada minit ke-15 Perancis mula menyerang kerana sedar hanya jaringan gol akan membawa mereka bergelar juara dan menambah bintang di baju.
12 – There have now been 12 own goals scored at the 2018 World Cup, double the tally of the previous highest in a World Cup tournament: six in 1998. Gifts.#WorldCupFinal #WorldCup #CRO #FRA pic.twitter.com/uavtA8c1CU
— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
Pada minit ke-17 Antoine Griezmann dijatuhkan diluar kotak penalti oleh Marcelo Brozovic dan Griezmann mengambil sepakan tersebut.
Hasil sepakan Griezmann, Mario Mandzukic telah tertanduk bola ke gawang sendiri untuk gol pendahuluan Perancis. Baler.
Pada minit ke-18 Perancis dihadapan pada minit ke-18 hasil jaringan Maria Mandzukic.
Croatia tidak cepat panik selepas ketinggalan dan mula mengatur gerak bagi mencari gol penyamaan.
Usaha dan penat lelah Croatia menemui keberhasilan utama di dalam rancangan Crotai kelapan apabila Ivan Perisic menyamakan kedudukan.
Gol berpunca dari hantaran Modric yang ditanduk secara berjemaah oleh Sime Vrsaljko yang menemui Mandzukic lalu ditanduk kepada Dato Seri Vida.
Selepas membuat aksi Qu Puteh Qu Puteh barulah putih, Vida tandukan Vida menemui Perisic yang tidak dikawal lalu melepaskan rembatan menewaskan Hugo Lloris.
11 – Ivan Perisic has now been involved in 11 goals at major tournaments for Croatia (7 goals, 4 assists); more than any other player. Rocket.#WorldCupFinal #WorldCup #CRO #FRA pic.twitter.com/H6RxfNLW2i
— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
Pada minit ke-28 Crotia berjaya menyamakan kedudukan dengan rembatan sedap.
Croatia terus menekan untuk menambah gol. Perancis entah menyerang ke tidak tetapi Perancis berjaya mendapatkan sepakan penalti pada minit ke-37.
Bola terkena tangan Ivan Perisic lalu pengadil merujuk ke Video Assistant Referee(VAR) yang jarang digunakan di pusingan kalah mati.
1 – Antoine Griezmann's penalty (37:56) was France's first shot of any kind in this match against Croatia. Wait.#WorldCupFinal #WorldCup #FRA #CRO pic.twitter.com/gOBYOMJYXQ
— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
Setelah dirujuk VAR, pengadil menghadiahkan sepakan penalti walaupun dibantah teruk Ivan Perisic.
Antoine Griezmann sekali lagi tampil untuk mengambil penalti lalu meletakkan Perancis dihadapan kembali pada minit ke-39.
Kedudukan 2-1 berpihak kepada Perancis sehingga tamat separuh masa pertama.
546 – Olivier Giroud didn't attempt a single shot on target in 546 minutes at this World Cup for France. Nonplussed.#WorldCupFinal #WorldCup #FRA #CRO pic.twitter.com/PBVR7Ifysr
— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
Bersambung separuh masa kedua Croatia terus melancarkan serangan mencari gol penyamaan. Perancis juga tidka duduk diam dan mahu menjarakkan kedudukan.
Pada minit ke-52 perlawanan dihentikan seketika selepas beberapa orang penonton menceroboh ke padang. Namun dengan pantas mereka berjaya dikeluarkan dan permainan kembali bersambung.
1 – Paul Pogba has become the first-ever @ManUtd player to score in a @FIFAWorldCup final. Devilish.#WorldCupFinal #WorldCup #FRA #CRO pic.twitter.com/MSdkcfmUQR
— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
Perancis nyata tahu bagaimana untuk menang apabila jarang-jarang sesekali menyerang tetapi merbahaya.
Melalui satu serangan balas pantas Perancis berjaya menambah jaringan hasil rembatan kaki kiri Paul Pogba selepas rembatan kaki kanan dihadang.
Enam minit berselang Perancis menjaringkan gol ke-4 melalui rembatan sedap Kylian Mbappe dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran Lucas Hernandes.
19y 207d – Kylian Mbappé is the 2nd youngest player to score in a @FIFAWorldCup final, after Pelé (17y 249d) in 1958 for Brazil. Anointed.#WorldCupFinal #WorldCup #FRA #CRO pic.twitter.com/RAX9fOPWL0
— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
Kemudian Crotia merapatkan kedudukan selepas hantaran ke belakang Olivier Giriud kepada Hugo Lloris mencipta bahaya. Giroud buat apa kat bawah ni?
Lloris telah ditekan Mandzukic lalu cuba menolak bola trtapi sangkut di kaki Mandzukic lala Lloris secara rasminya membuat kelakarius dimakam lebih tinggi dari Karius. Baler bossku.
5 – Mario Mandzukic has become just the 5th player to score in both World Cup and European Cup/Champions League finals, after Ferenc Puskas, Zoltan Czibor, Gerd Muller & Zinedine Zidane. Platform.#WorldCupFinal #WorldCup #FRA #CRO pic.twitter.com/jc7TNR7YRG
— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
Aksi kelakar Lloris nyata menaikkan semangat Croatia untuk terus menyerang dan menyerang. Perancis seakan sedikit terkesan dengan sifat humor Lloris.
Semua pemain Perancis berkampung dihadapan kotak penalti sendiri mahu melindungi Lloris dari terus membuat kelakar.
Bebaki 10 minit permainan Perancis terus bertahan dan Croatia terus buntu menambah gol. Perlawanan dibawa ke masa kecederaan dan tiada gol hingga wisel penamat.
3 – Didier Deschamps has become the third person to win the World Cup as a player and as manager after Mario Zagallo and Franz Beckenbauer. Champion.#WorldCupFinal #WorldCup #FRA #CRO pic.twitter.com/H3zrhkx9rO
— OptaJoe (@OptaJoe) July 15, 2018
Akhir Perancis muncul juara dan berjaya menambah bintang di jersi mereka dengan kemenangan penuh bergaya.
Didier Deschamps sekali lagi membawa Perancis menjulang Piala Dunia, pada Piala Dunia 1998 sebagai kapten dan kini sebagai pengurus.
Didier Deschamps juga telah menjadi individu ketiga sebagai pemain dan pengurus menjulang Piala Dunia selepas as Mario Zagallo dan Franz Beckenbauer. Champion.
France (4-3-3): Hugo Lloris (capt); Benjamin Pavard, Raphael Varane, Samuel Umtiti, Lucas Hernandez; Paul Pogba, N’Golo Kante; Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Blaise Matuidi; Olivier Giroud.
Coach: Didier Deschamps (FRA)
Croatia (4-3-3): Danijel Subasic; Sime Vrsaljko, Dejan Lovren, Domagoj Vida, Ivan Strinic; Luka Modric (capt), Marcelo Brozovic, Ivan Rakitic; Ante Rebic, Mario Mandzukic, Ivan Perisic.
Coach: Zlatko Dalic (CRO)
Referee: Nestor Pitana (ARG)
France Road To Final World Cup 2018
Perancis memulakan kempen Piala Dunia dengan penuh tidak bergaya hambar dan membosankan. Turun dengan barisan pemain handalan dunia yang sedap lagi power Perancis yang dianggap gah sekadar menang 2-1 ke atas Australia.
Kylian mbappe mennyelamat Les Bleus dengan gol kemenangan 1-0 ke atas Peru. Pada perlawanan terakhir kumpulan Perancis sekadar seri tanpa jaringan menentang Denmark dalam perlawanan yang super boring. Perlawanan paling bosan di Piala Dunia?
Perancis berubah 100 peratus di pusingan kalah mati apabila menundukkan Argentina 4-3 dalam perlawanan yang sudah dijangka menjadi milik Perancis dengan Mbappe menjaringkan 2 gol.
Di perlawanan suku akhir Perancis kembali kepada prestasi mereka di peringkat kumpulan dengan aksi membosankan dan hambar namun mereka mudah menewaskan Uruguay 2 gol tanpa balas.
Belgium menjadi mangsa Perancis di separuh akhir untuk mara ke final dengan jaringan tunggal dari pemain pertahann mereka Samuel Umtiti. Kekalahan perit bagi Belgium dan melabel Perancis sebagai anti-football.
Group stage
France 1-0 Peru
France 2-1 Australia
France 0-0 Denmark
Round of 16
France 4-3 Argentina
Quarter Final
France 2-0 Uruguay
Semi Final
France 1-0 Belgium
World Cup 2018 Semi Final : France 1-0 Belgium
Kejohanan bola sepak paling berprestij di muka bumi ini hampir menemui siapa juara terulung. Perlawanan pembukaan separuh akhir Piala Dunia 2018 menemukan dua pasukan dari benua Eropah iaitu Belgium dan Perancis.
Perlawanan pagi ini merupakan pertemua ke-74 kedua-dua pasukan ini dalam semua kejohanan. Rekod pertemuan lampau jelas berpihak kepada Belgium walaupun tidak dipisahkan dengan jurang yang besar ini rekod pertemuan mereka :
Perancis – Menang 24, seri 19 dan 31 kalah
Belgium – Menang 30 , seri 19 dan 25 kalah
Jumlah Pertemuan – 74 perlawanan
Ini merupakan pertemuan kompetitif pertama antara Belgium dan Perancis sejak Piala Dunia 1986 di mana Perancis menang 4-2 di penentuan tempat ketiga dan keempat. 75 pertemuan yang berlaku ini adalah lebih kepada perlawanan persahabatan.
1986 – Belgium are playing in only their second World Cup semi-final, losing to eventual winners Argentina back in 1986. Unfamiliar. #BEL #FRA #FRABEL #WorldCup pic.twitter.com/Neb3aYWQIm
— OptaJoe (@OptaJoe) July 10, 2018
Dalam pertemuan di Piala Dunia hanya dua kali Perancis dan Belgium bertembung dan kedua-dua perlawanan telah di menangi oleh Perancis. Rekod yang tidak cemerlang Beligum di Piala Dunia bertemu Perancis.
Piala Dunia 1938 – Perancis 3-1 Belgium
Piala Dunia 1986 – Perancis 4-2 Belgium
Kali terakhir Belgium dan Perancis bertemu adalah dalam perlawanan persahabatan di Paris pada tahun 2015. Belgium berjaya mencatatkan kemenangan tipis ke atas Perancis 4-3.
Ini merupakan penampilan kali kedua Belgium di separuh akhir Piala Dunia selepas kali terakhir layak pada Piala Dunia 1986. Namun Belgium tewas dikaki Maradona dan Argentina yang merupakan juara Piala Dunia 1986.
World Cup 2018 Semi Final : Belgium vs France
Seawal sepak mula Perancis mula menguji benteng Belgium namun bola tenang dikeluarkan pertahanan Belgium.
Sedari itu Belgium mula melancarkan serangan dengan beberapa percubaan yang agak sedap.
Perancis juga bukan calang anak, sesekali melancarkan serangan namun berjaya dikeluarkan.
Lorongan cantik Paul Pogba berjaya dikejar Kylian Mbappe dengan kelajuan kilat namun Thibaut Courtois berjaya membaca bola dengan keluar lebih awal.
Pada minit ke-16 hantaran Kevin De Bryune berjaya mencari Eden Hazard yang tidak dikawal namun rembatan Hazard sekaki menjauhi tiang gol.
7 – Antoine Griezmann has scored seven goals in his last six knockout stage games in major tournaments for France. Status. #FRA #BEL #FRABEL #WorldCup pic.twitter.com/0HAtWrqtAa
— OptaJoe (@OptaJoe) July 10, 2018
Kemudian rembatan padu Matuidi dari luar kotak penalti selesa ditangkap oleh Courtois.
Hazard sekali lagi datang ibarat Tora datang lagi dengan rembatan padu tetapi berjaya dikeluar pertahanan Perancis.
Dari sepakan penjuru peluang terbaik Belgium hadir dari sepakan percuma. Rembatan kencang Toby Alderweireld berjaya ditepis Hugo Lloris dengan terbangan regangan badan yang maksimum.
Eden Hazars terus berleluasa namun tiada lagi gol terhasil. Giroud menanduk dari sepakan percuma tetapi tersasar.
425 – Olivier Giroud has now played over seven hours of football at the 2018 World Cup (425 minutes) without managing a single shot on target. Frustrating. #FRA #BEL #FRABEL #WorldCup pic.twitter.com/LHhrFlQCWO
— OptaJoe (@OptaJoe) July 10, 2018
Setengah jam perlawanan berlalu, Belgium lebih mengancam dan menguasai perlawanan manakala Perancis pula tetap menghadirkan ancaman.
Lorongan cantik lagi menawan berbanding Mira Filzah dari Mbappe dirembat kencang Pavard berjaya dihadang kaki Courois dan itulah peluang terbaik Perancis.
Maka tamatlah separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan dengan permainan yang menghiburkan.
Separuh masa kedua bersambung, Belgium terus menyerang mencari gol pendahuluan namun tidak ketemui.
Giroud terus mendapat peluang namun tertampan kaki pemain Belgium. Berpunca dari sepakan penjuru inilah Perancis mendahului.
1998 – It's the first time since 1998 that 3 defenders (Lizarazu, Blanc & Thuram) score a goal for France in the same World Cup (Pavard, Varane & Umtiti). Mental. #WorldCup pic.twitter.com/ooKUrAv9aI
— OptaJean (@OptaJean) July 10, 2018
Samuel Umtiti melonjak secukup rasa mengatasi Marouane Fellaini untuk menanduk masuk bola menewaskan Courtois untuk gol pembukaan pada minit ke-51.
Fellaini hampir menyamakan kedudukan melalui satu sundulan tetapi bola hanya lalu di bahagian luar tiang gol.
Belgium terus menekan, mengasak dan mencuba memcari gol penyamaan hingga minit ke-85 masih tiada jaringan penyamaan.
Perancis tenang dan kental bertahan menahan asakan membuatkan Belgium mati kutu dan Lukaku terus holanh ditelan arus masa.
Dalam masa tambahan serangan Belgium mula mengendur dan Perancis hampir menambah jaringan namun dua percubaan sedap diselamatkan Courtois.
3 – Since reaching their first one in 1998, France have reached more World Cup finals than any other nation. Showpiece. #FRA #FRABEL #WorldCup pic.twitter.com/mmpFti6XnR
— OptaJoe (@OptaJoe) July 10, 2018
Masa ditunggu Perancis telah tiba apabila pengadil meniup wisel penamat. Perlawanan separuh akhir yang tidak menghiburkan.
Akhirnya Perancis berjaya ke perlawanan akhir buat kali ke-3 dalam tempoh 20 tahun. Kali terakhir Perancis mara ke final pada 2006 dan kalah kepada Italy.
Bagaimana agaknya Thierry Henry meraikan kejayaan Perancis bersama pasukan Belgium?
Sesungguhnya Perancis tahu cara bermain untuk menang tanpa perlu bermain cantik.
France (4-2-3-1): Hugo Lloris (capt); Benjamin Pavard, Raphael Varane, Samuel Umtiti, Lucas Hernandez; Paul Pogba, N’Golo Kante; Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Blaise Matuidi; Olivier Giroud.
Coach: Didier Deschamps (FRA)
Belgium (3-4-3): Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Vincent Kompany, Jan Vertonghen; Mousa Dembele, Marouane Fellaini, Axel Witsel, Nacer Chadli; Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Eden Hazard (capt).
Coach: Roberto Martinez (ESP)
Pengadil : Andres Cunha (URU)
World Cup 2018 : Uruguay 0-2 Perancis
Perlawanan pembukaan peringkat suku akhir dirasmikan oleh perlawanan antara Perancisa dan Uruguay.
Edison Cavani tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan dan hanya mampu bersedih di bangku simpanan.
1/8 – #URU have lost just one of their eight previous meetings with #FRA (W3 D4), winning the most recent encounter 1-0 in a friendly in June 2013 (Luis Suarez with the goal). Meeting. pic.twitter.com/6mNbor71tO
— OptaJavier (@OptaJavier) July 6, 2018
Perlawanan sedap dan sama hebat. Tetapi Uruguay lebih banyak mencipta peluang ruang dan waktu.
Penyudah Uruguay menjadi penghalang. Perancis nyata lebih tajam didepan gol.
Varane meletakkan Perancis didepan hasil sundulan yang berpunca dari sepakan percuma.
3 – Raphael Varane has scored his 3rd goal for France ?? (each time with a header), his 1st since March 2015 against Brazil. Timing.#Worldcup pic.twitter.com/T2r3Dk4h8M
— OptaJean (@OptaJean) July 6, 2018
Tamat separuh masa pertama Perancis di hadapan dalam perlawanan yang penuh menghiburkan.
Pemainan bersambung di masa kedua menyaksikan Perancis sukr ditembusi ditambah dengan penyudah Uruguay yang semakin tumpul.
Pada minit ke-61 kesilapan Fernando Muslera terus menamatkan perjuangan Uruguay yang terus kehilangan arah.
7 – Antoine Griezmann has scored seven goals in his last six appearances in the knockout stages of major tournaments (World Cup and European Championships). Magnifique.#URU #FRA #URUFRA #WorldCup pic.twitter.com/LyidbKaQt6
— OptaJoe (@OptaJoe) July 6, 2018
Antoine Griezmann yang tidak dikawal mengambil masa secukupnya untuk melakukan rembatan dari luar kotak penalti.
Fernando Muslera cuba menepis bola tersebut namum tepisannya tidak tepat lalu bola ketawa melepasi garisan gol.
3 – France are only the second team to beat three different South American nations in a single World Cup tournament, after the Netherlands in 1974. Total. #FRA #URU #URUFRA #WorldCup pic.twitter.com/2td4Fx5gip
— OptaJoe (@OptaJoe) July 6, 2018
Gol kedua buat Perancis. Uruguay terus bergelut mencari gol.
Separuh akhir semakin dengan untuk Perancis. Uruguay mula bermain kasar dan tidak keruan.
Uruguay: Muslera, Caceres, Gimenez, Godin, Laxalt, Nandez, Torreira, Vecino, Bentancur, Suarez, Stuani.
Subs: Campana, Varela, Sanchez, Rodriguez, De Arrascaeta, Gaston Silva, Maxi Pereira, Gomez, Coates, Urreta, Martin Silva.
France: Lloris, Pavard, Varane, Umtiti, Lucas, Pogba, Kante, Mbappe-Lottin, Griezmann, Tolisso, Giroud.
Subs: Mandanda, Kimpembe, Lemar, Dembele, Nzonzi, Rami, Fekir, Sidibe, Thauvin, Mendy, Areola.
World Cup 2018 : France 4-3 Argentina
Piala Dunia 2018 yang berehat sehari kembali bersambung dan memasuki pusingan kalah mati 16 terbaik.
Perlawanan pembukaan disajikan dengan perlawanan dijangka hebat antara wakil Amerika Selatan dan Eropah, Argentina vs Perancis.
Seperti dijangka perlawanan berlangsung sengit di mana 7 gol terhasil.
Antoine Griezmann hampir meletakkan Perancis dihadapan pada minit ke-8 menerusi sepakan percuma, tapi sayang bola menggwgae palang.
Dua minit berselang Kylian Mbappe berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas dijatuhkan Marcos Rojo.
Akhirnya Griezmann berjaya menjaringkan gol pembukaan pabila tenang menyempurnakan sepakan penalti.
6 – Antoine Griezmann ?? has scored 6 goals in his last 5 games in the knockout stage of a major tournament with France (World Cup + EURO). Boss. #FRAARG #WorldCup pic.twitter.com/TBEPOE4CPi
— OptaJean (@OptaJean) June 30, 2018
Argentina terus bergelut untuk menyerang walaupun menguasai perlawanan dan Perancis tenang bertahan mematahkan serangan Argentina.
Akhirnya Angel Di Maria memecahkan kebuntuan dengan remvatan cantik dari luar kotak penalti.
Rembatan tersebut laju menuju ke penjuru gol menyaksikan Hugo Lloris berterbangan cuba menyelamat.
1998 – #ARG no recibía un gol de penal en fases de eliminación directa en la Copa del Mundo desde 1998 ante #ENG(Alan Shearer). Ejecución.
— OptaJavier (@OptaJavier) June 30, 2018
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan terikat 1-1 di mana Argentina jelas menguasai perlawanan dengan 62 peratus penguasaan.
Rehat 15 minit seperti biasa disajikan dengan iklan dari penaja.
Bersambung separuh masa kedua Marcos Rojo dikeluarkan dan Fazio dimasukkan.
Tiga minit selepas itu Argentina menggandakan kedudukan kepada 2-1.
30.2 – Angel Di Maria's goal at 30.2 yards is the longest range goal scored at the 2018 World Cup so far. Heavenly. #ARG #FRAARG #WorldCup pic.twitter.com/FiAojynXnx
— OptaJoe (@OptaJoe) June 30, 2018
Gol berpunca dari sepakan percuma Banega yang gagal dikeluarkan dengan kemas oleh Paul Pogba.
Bola menemui Lionel Messi yang terus melakukan pusingan U lalu merembat kencang.
Bola tertampan kaki Gabriel Mercado dan mencecah jaring dan Hugo Lloris hanya terpaku melihat.
4 – Lionel Messi is the only player to have delivered an assist in each of the last four World Cups. Divine. pic.twitter.com/5fkk1GVZ3z
— OptaJohan (@OptaJohan) June 30, 2018
Ketinggalan menyaksikan Perancis kembali bermain bola sepak dan mula menyerang.
Kemudian Perancis berjaya menyamakan kedudukan melalui Benjamin Pavard pada minit ke-57.
Cantik bola rembatan yang dipotong oleh Pavard menyaksikan bola berpusing-pusing masuk kepenjuru gawang Argentina.
1 – Benjamin Pavard's goal was his first for France in his ninth appearance for Les Bleus. Beauty. #FRA #ARG #FRAARG #WorldCup
— OptaJoe (@OptaJoe) June 30, 2018
Tujuh minit berselang Perancis kembali di hadapan dengan gol ketiga hasil jaringan Kylian Mbappe.
Berpunca dari situasi kelam kabut bola tepat ke kaki Mbappe yang meloloskan diri sebelum merembat dalam ruang yang sempit.
Empat minit kemudian Mbappe kembali lagi dengan gol keempat buat Perancis.
Serangan bermula dari Lloris, selepas 4-5 hantaran terus kepada Mbppae yang merembat cantik.
2 – Kylian Mbappe is the first teenager to score at least twice in a World Cup match since Pele vs Sweden in 1958. Boss. #FRA #ARG #FRAARG #WorldCup pic.twitter.com/3yS6qz5zCp
— OptaJoe (@OptaJoe) June 30, 2018
Perancis menjaringkan 3 gol dalam tempoh 10 minit dan terus menyerang dengan kehancuran barisan pertahanan Argentina.
Olivier Giroud hampir menambah lagi jaringan namun rembatannya kencang mencari bahagian sisi jaring.
Perancis terus melancarkan serangan balas pantas dan kepantasan Mbappe nyata tidak dapat dibendung lagi.
2 – Lionel Messi is the first Argentinian player with two assists in a World Cup game since Diego Maradona in 1986 (v Korea Republic). Landmark. pic.twitter.com/c1KrqvagAY
— OptaJohan (@OptaJohan) June 30, 2018
Lionel Messi jelas keseorangan dalam merencanakan serangan dan mencari gol.
Akhirnya pada masa tambahan Sergio Aguero berjaya merapatkan kedudukan dengan satu sundulan tajam.
Argentina terus menekan dan masa semakin mencemburui. Pengadil meniup wisel penamat.
1 – This is the first time in the history of football that #Argentina ?? have lost a competitive match despite scoring 3+ goals (from 430 competitive games played overall). Shock. #WorldCup #ARG #FRA #FRAARG pic.twitter.com/8R9TYWI9HX
— OptaJavier (@OptaJavier) June 30, 2018
Maka tamatlah perjuangan Argentina yang serba-serbi tidak kekurangan.
Perancis menjadi pasukan pertama menempatkan diri ke suku akhir Piala Dunia 2018.
France Starting XI: Hugo Lloris, Benjamin Pavard, Rafael Varane, Samuel Umtiti, Lucas Hernandez, N’Golo Kante, Blaise Matuidi, Paul Pogba, Antoine Griezmann, Oliver Giroud, Kylian Mbappe
Argentina Starting XI: Franco Armani, Gabriel Mercado, Nicholas Otamendi, Marcus Rojo, Nicholas Tagliafico, Javier Mascherano, Enzo Perez, Ever Banega, Cristian Pavon, Lionel Messi, Anger di María.
World Cup 2018 : Denmark 0-0 France
Perlawanan penentuan juara kumpulan antara Denmark dan Perancis berlangsung dengan penuh hambar dan membosankan tahap nak mati.
Jibril Cisse melabel perlawanan ini sebagai sangat taktikal dan sungguh membosankan serta mengecewakan.
37 – Denmark vs France was the 37th game to be completed at the 2018 World Cup, but the first to finish 0-0. Ennui. #DEN #FRA #DENFRA #WorldCup pic.twitter.com/LUEtWFv0yB
— OptaJoe (@OptaJoe) June 26, 2018
Perancis yang membosankan sebelum ini lagi merehatkan beberapa pemain utama yang berisiko menghadapi penggantungan.
Denmark pula terlalu bergantung kepada Cristian Eriksen dalam mencari gol.
Kemasukan Nabil Fekir merancakkan sedikit permainan sebelum Kylian Mbappe menambah sedikit kerancakan tetapi masih bosan.
79 – Didier Deschamps will equal Raymond Domenech's record tally of 79 games as France manager in this match against Denmark. Experience. (via @OptaJean)#DENFRA #DEN #FRA #WorldCup pic.twitter.com/QMi3PYIHKv
— OptaJoe (@OptaJoe) June 26, 2018
Akhirnya perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan dan Perancis muncul juara kumpulan C.
Perlawanan pertama selepas 36 perlawanan beralhir tanpa jaringan. VAR tak buat kerja.
Denmark: Schmeichel 4, Dalsgaard 4, Kjaer 4, Christensen 4, Larsen 4, Jorgensen 4, Delaney 4 (Lerager 90), Braithwaite 4, Eriksen 4, Sisto 4 (Fischer 59, 4), Cornelius 4 (Dolberg 75, 4)
France: Mandanda 5 MOTM, Sidibe 4, Varane 4, Kimpembe 4, Hernandez 4 (Mendy 50, 4), N’Zonzi 4, Kante 4, Dembele 4 (Mbappe 77, 4), Griezmann 3 (Fekir 67, 5), Lemar 4, Giroud 3
World Cup 2018 : France 1-0 Peru
Perlawanan Piala Dunia 2018 bagi kumpulan C terus bersambung menemukan Perancis dan Peru untuk perlawanan kedua di Central Stadium.
Peru bermula baik ketika Perancis sedang bergelut hampir 30 minit mencari rentak dan selepas rentak berjaya dicari maka gol terhasil.
Olivier Giroud merembat dan bola terbias kaki pemain Peru menyaksikan bola melambung melepasi jangkauan penjaga gol.
Bola meleleh saja menunggu untuk melepas garisan gol sambil penjaga gol Peru sedaya-upaya mahu mengejar, Kylian Mbappe lebih pantas menolak masuk bola itu.
Kylian Mbappe muncul pemain termuda Perancis yang menjaringkan gol untuk Les Bleusdi Piala Dunia. Kedudukan satu gol ini kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung separuh masa kedua Peru meneruskan permainan yang bagus dan sedap mata memandang. Seperti pasukan yang sudah tersingkir, La Blanquirroja mengikut skrip yang sama.
Sedap permainan ditonton tetapi ketumpulan yang membawa kepada kemandulan menyaksikan mereka gagal menjaringkan gol.
France: Lloris, Pavard, Varane, Umtiti, Hernández, Kanté, Pogba, Matuidi, Mbappé, Griezmann, Giroud
Peru: Gallese, Advíncula, Rodríguez, Ramos, Trauco, Aquino, Yotún, Cueva, Flores, Carrillo, Guerrero
World Cup 2018 : France 2-1 Australia
Perancis menepati jangkaan untuk menang ketika perlawanan kelihatan akan berkesudahan seri namun berjaya menjaringkan gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 10 minit.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas Antoine Griezmann menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58. Berselang empat minit kemudiaan Australia pula dihadiahkan sepakan penalti.
Mile Jedinak tenang menyempurnakan sepakan untuk mengikat kedudukan. Video Assistant Referee (VAR) telah digunakan bagi sebelum kedua-dua penalti diberikan.
Paul Pogba yang dilabel sebagai pemain tengah yang sesat oleh Graeme Souness muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81.
Cun jugak gol Pogba.
VAR membunuh keseronokan menikmati Piala Dunia kali ini? Korang rasa?
France: Lloris, Pavard, Varane, Umtiti, Hernandez, Pogba, Tolisso, Kante, Griezmann, Mbappe, Dembele
Australia: Ryan, Milligan, Behich, Risdon, Sainsbury, Mooy, Jedinak, Rogic, Leckie, Kruse, Nabbout