World Cup 2018 : Japan 2-2 Senegal

Perlawanan kedua kumpulan H kembali bersambung menemukan Jepun dan Senegal yang mencatatkan kemenangan pada perlawanan pertama.

Jepun berjaya mengutip 3 mata apabila menewaskan Cololmbia yang bermain 10 orang.

Senegal juga berjaya mengejutkan Poland yang beraksi cemerlang di pusingan kelayakan.

Jepun mahupun Senegal turun untuk mecari kemenangan untuk layak ke pusingan kalah mati dengan selesa.

Pertembungan kedua-dua pasukan ini berakhir dengan keputusan seri selepas Jepun dua kali bangkit mengikat selepas ketinggalan.

Sadio Mane meletakkan Senegal di hadalan hasil jaringan jarak dekat selepas penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima melakukan kesilapan yang memilukan dan berunsur Karius.

Bola yang berterbangan melepasi Kawashima selepas percubaan penjaga gol Jepun itu menumbuk menemui penyerang Liverpool, Sadio Mane.

Jepun bangkit menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama selepas Takashi Inui cantik melencong bola ke gawang Senegal.

Bersambung separuh masa kedua, Moussa Wague kembali meletakkan Senegal di hadapan dengan harapan Senegal mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Pemain gantian Jepun, Keisuke Honda memastikan satu mata penting milik Jepun dengan gol penyamaan pada minit ke-78.

Keputusan seri pasti memberi kelegaan kepada Colombia dan Poland.

Japan: Kawashima, Shoji, Nadatomo, Sakai, Yoshida, Shibasaki, Haraguchi, Kagawa, Inui, Hasebe, Osako

Senegal: K Ndiaye, Koulibaly, Sabaly, Wague, Gueye, Sane, A Ndiaye, P A Ndiaye, Mane, Sarr, Niang

Baca Juga

Baca Juga