YB Nurul Izzah Peminat Tegar Arsenal

Yang Berhormat Nurul Izzah binti Anwar, lahir pada tarikh 19 November 1980 merupakan ahli politik Malaysia dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai merupakan seorang peminat tegar Arsenal.

Kira tahap kipas susah mati (die hard fan) ke lagu mana? Nasib baik la Pilihanraya Umum ke-14 dah dekat kalau tidak mau nangia di segala bucu tiap-tiap minggu tengok game Arsenal.

Inilah pengakuan Nurul Izzah.

Nurul Izzah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ketika pendidikan menengah, Nurul Izzah bersekolah di Sekolah Menengah Sri Bandaraya dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Di peringkat universiti, Nurul Izzah menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak. Tetapi kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional di Bangi dalam jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik dan menerima ijazah pertamanya pada tahun 2004.

Seterusnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa dan tamat pengajian pada Mei 2007.

Namun Arsenal yang menjadi pasukan pujaan.

Baca Juga

Baca Juga