Tweet Lama Grealish Tentang Ronaldo Kembali Tular Di Media Sosial

Tweet lama Jack Grealish tentang Cristiano Ronaldo kembali tular di media sosial pada ketika ini, selepas nama bintang Portugal itu disebut-sebut bakal menyertai Manchester City.

Ronaldo mahu meninggalkan Juventus pada musim panas ini, dengan Manchester City dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebelum jendela perpindahan ditutup.

Seandainya Ronaldo benar-benar menyertai Man City pada musim panas ini, The Citizens tentunya akan menjadi salah sebuah pasukan yang paling digeruni.

Ia kerana mereka bakal memiliki jentera serangan yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan menggandingkan pemain seperti Jack Grealish, Kevin De Bruyne dan Ronaldo.

Pemain yang ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai £100 juta itu membesar sebagai peminat fanatik Cristiano Ronaldo, dengan ia terbukti selepas kesemua tweet lamanya kembali tular di media sosial.

Dalam salah satu tweet lamanya, Grealish telah menulis:

“Baru sedar Sabtu depan El Clasico… BOOM !!! Lihat bagaimana Ronaldo musnahkan mereka!! #TeamRonaldo.”

“El Clasico !!! Woooooo !!! Tak sabar !! Ronaldo atau Messi??? Ronaldo adalah orangnya !!! #RealMadrid !!!!.”

“Ayuh sekarang marc, satu hari untuk Ronaldo haha! Lihat apa Ronaldo lakukan ke atas Pique oops haha.”

Grealish diturunkan dalam kesebelasan utama United ketika beraksi bertemu Tottenham Hotspur dalam perlawanan pembukaan saingan Premier League.

Beliau gagal membantu City untuk mengutip sebarang mata dalam perlawanan tersebut, namun berjaya membantu kelab barunya itu untuk membelasah Norwich 5-0 minggu lalu.

Beliau berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan tersebut, dan turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan itu.

Bayangkan kalau Grealish bergandingan dengan Kevin De Bruyne dan Ronaldo, tentunya barisan pertahanan pasukan lain akan lemah lutut untuk berhadapan dengan mereka.

Walaupun Cristiano Ronaldo sudah berusia 36 tahun, namun tidak dinafikan yang beliau masih mempunyai ketajaman yang sungguh luar biasa dalam merobek gawang gol lawan.

Peminat Manchester United sepertinya tidak gembira dengan berita Ronaldo bakal menyertai Man City dan ada segelintir dari mereka yang menganggap beliau pembelot.

Ronaldo sudah lama meninggalkan United dan beliau sudah beraksi bersama dua kelab lain selepas meninggalkan Old Trafford.

Maka tiada masalah kalau beliau mahu mendapat cabaran baru dalam kariernya dan City antara pasukan yang datang ketika beliau sudah tidak mahu kekal di Turin.

Mengikut laporan dari Fabrizio Romano, ejen Ronaldo, Mendes sebelum ini pernah berhubung dengan United, namun setan merah tidak menunjukkan minat mereka untuk menandatangani pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.

Kompilasi tweet-tweet dari Jack Grealish tentang Cristiano Ronaldo sebelum ini, yang dimuat naik oleh #TeamRonaldo

Oleh yang demikian, tiada istilah beliau tidak menghormati United ketika memutuskan untuk ke City kerana setan merah sendiri tidak mahu mendapatkan semula khidmatnya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Ronaldo Tolak Lakukan Hal Ini Bersama Juventus, Tapi Beliau Lakukannya Bersama United